Showing posts with label poems. Show all posts
Showing posts with label poems. Show all posts

Monday, May 24, 2010

one less lonely girl






Hujan setitis- setitis
makin lebat
selebat permata
turun dari mata



Bulan terus megah
mendabik dada
tidak pernah menyedari
si pungguk yang menyendiri



Malam kian hening
bersama awan menemani
zulumat mengaburi
mata kasar insani




Aku masih disini
masih kasmaran
menyendiri
meratap nasib diri.



Saturday, May 22, 2010

untuk kamu











ya untuk kamu
bukan dia ataupun siapa
kamulah




bila waktu semakin berlalu
di bilah hari yang berliku
salam tidak lagi bersambut
hati sudah semakin menjauh
pelangi tidak lagi dikongsi
bersama,




aku malu lagi untuk menyapa
kerana aku sedar aku siapa
bukanlah permata.



Wednesday, April 28, 2010

seindah pelangi






Lama sudah tidak berpuisi jiwa gelora eheh maka tataplah sebelum saya menutup mata maksudnya tidur untuk malam ini. Doakan pagi esok aku masih lagi bernafas eheh lagi. Sebelum itu mari aku ulas sikit pasal hidup seindah pelangi ni, setiap orang mengharapkan hidup seindah pelangi aku tahu kau juga begitu. Okay, cukup.



Mendung hari selesa meneman diri
ganti sepi tali temali
dan hujan belum berhenti
meratah sisa diri

Ruang sepi kian pengap
atma lesu kian garing
bila udara semakin berlari,


Satu suara menyapa,
buka matamu
lihat disana ada pelangi
berwarna- warni
ayuh kita kongsikan bersama
agar airmata itu lupus
diganti sejuk dingin
embun bayu kasih suci


Sekedup mata menikmati pelangi,
satu pelangi itu.




Aku tegak berdiri, menikmati pelangi. Moga kasih itu realiti.




SoSaying : Selamat malam:0


Wednesday, March 10, 2010

di persimpangan




Aku dipersimpangan
Jalan yang berliku di hadapan
perlu kuteruskan
pernah aku tersungkur
dipermulaan perjalanan
aku bangkit kembali
dan aku pasrah
lalu kuterukan perjalanan


Aku berjalan di arus deras
aku berenang di pekat lumpur
dan aku mendaki di puncak gunung berapi
menggapai impian tak pasti


Bila bunga berkembang
hatiku menyanyi,menari girang
bila matahari mula malu
jiwaku mengeluh,mendesah
kerna aku bimbang
andaikata matahari tidak akan muncul lagi
lalu membiarkan aku sendiri
menyusuri danau berduri
mengejar bayang ilusi


Seringkali aku berfantasi
aku berjalan di atas pelangi
tidak lagi mengejar bayang sendiri
tapi itu cuma mimpi
kuterjaga lalu berlari
lantas berada di alam realiti.





Monday, March 1, 2010

hangat kasih sang ibu


ini ibu saya,saya sayang ibu saya..


Sambil menulis benda ni semalam sememeh aku menangis kerana terlalu sedih dan sebak jiwa raga. Aku pun tak tahu kenapa. Sebelum tu mari kita layankan dulu jiwang tak larat aku kala bulan mengambang di malam buta. Teheee:)


Jerit perit pekik pedih
saat sang ibu melahirkan anak
menangis tersenyum menatap anugerah
beribu rintangan dan halangan,
kau lalui tanpa mengah,
lelah.

Sang ibu yang menabur jasa
menghampar indh selaut kasih
Buat sang anak disandar hadapan
Agar menggapai sebuah impian

Jerih itu mainan sang ibu
Airmata itu peneman selalu
Doa dan zikir meratib rindu
Buat membesar si anak itu.


Tergantung kan? Mati akal lah nak sambung, nanti aku ada feeling untuk berjiwang den aku sambung lagi. Apalah agaknya akhir kisah sang ibu dan anak ini kan?


SoSaying: Hargailah sementara masih ada, peluklah, kucuplah kerana suatu hari nanti mungkin dia sudah tiada untuk meminjamkan kita bahunya pabila kita menangis, sudah tiada menghibur apabila kita duka dan tidak ada juga untuk menegur khilaf kita.



Sunday, February 21, 2010

Permata dan Kaca



Sungguh sukar

Mencari permata dicelahan kaca

Tersalah langkah

Tangan terluka

Tersilap pandang

Tersalah perhitungan



Memang permata

Buruan manusia



Alangkah bertuahnya permata

Cahayanya berkilau

Dirinya bernilai

Rupanya kemilau

Menjadi rebutan pula



Wahai sang kaca

Sedarlah engkau

Walaupun cahayamu mungkin

Bergemerlap sinarnya

Menyuluh semesta

Berbakti kepada manusia

Engkau tetap bernama kaca!



Minggu ini boleh dikira minggu emas bagi sebab alhamdulillah idea cam banyak datang untuk berjiwa jiwang ni. Setelah seminggu bagaikan kaku,,so ini dia permata dan kaca..:)









Saturday, February 13, 2010

Aku dan Dia

Ini gambar bajet kiut. Kiut kan mereka?
Aku dan dia
dua insan berbeza
adakah kebetulan
mungkin juga suratan

Aku dan dia
mengenal cinta
melupakan cita
disaat jiwa muda
dilambung gelora

Aku dan dia
mengira bintang di langit
mengirai awan berarak
berjalan menyelusuri pelangi

Aku dan dia
berkongsi rasa
menjeruk jiwa
menanggung derita
menghitung tawa

Aku dan dia
mungkinkah bersama
membelai cinta
berkongsi jiwa?



Alolo,berjiwangkah? Biasalah itu kerja sambilan. Rakan- rakan sila lihat ditepi anda. Bukan. Maksud saya disebelah kanan blog ini,ya betul. Scroll down ke bawah saya ada menyediakan satu poll bukan pool untuk anda bersama- sama vote belog ini. Jadi anda bolehlah vote sesuka hati anda tanpa paksaan mahupun suruhan. Saya tedak kisah jika anda vote tidak best langsung! sebab itu pandangan anda maka saya harus menghormatinya kerana ya anda lebih baik dari saya. Dan aku dah dapat satu vote tidak best langsung. It's okay. Dalam hidup kita kena terima kritikan orang kerana itu mungkin permulaan untuk kita berubah menjadi lebih baik. Okay? Selamat malam semua!

Wednesday, January 6, 2010

pria pertama



Kamu pria pertama
yang inginku dendangkan lagu
bersama petikan gitarku
supaya bisa menggetar sukmamu

Lagi jiwaku
irama hatiku
nukilan buatmu
lambang cintaku

dan alunan kapok itu
biarlah menemani malammu
mewakili diriku
sentiasa disisimu!




Friday, January 1, 2010

Dan masih...


Dan masih sepasang mata itu
galak menatap bening cahaya kudus
dibalik senyum yang mulus
membelai jiwa yang mendudu

Dan masih sekeping hati itu
sedia menunggu
walau tahun berlalu
biarpun diduga waktu

Dan masih sang teruna itu
ketawa merdu
sedangkan yang setia menunggu
disayat pilu

Dan masih sekeping hati itu
sedingin salju
lantas sang perindu
menangis pilu

Dan masih lagi sang perindu
menyanyikan lagu
berirama sendu
bertemankan sang bayu
dihamparan langit biru..



~~~~dapat ilham untuk tulis ni semasa melihat gambar2 . . . .
ehem,mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk memikirkan
rima yang berakhir dgn huruf u...
tapi tak menjadi sangat. Biarlah asalkan rasa hati terluah dan boleh dikongsi bersama kwan2 blogger walaupun tiada respon, yang penting hati kita puas. Terlalu lega rasanya bisa melahirkan bai-bait yang boleh menjadi tanda ataupun rasa hati ini. Oh,kepada kawan-kawan yang belum tahu esok atau lusa aku akan bertolak ke Pinang. Bekerja di sana. Doakan aku selamat pergi dan selamat sampai ke tempat orang. Doakan aku ye? Doakan aku beroleh ketenangan dan dimudahkan segala urusan. Terima kasih dan maaf untuk segalanya:)