Showing posts with label jiwa jiwang. Show all posts
Showing posts with label jiwa jiwang. Show all posts

Wednesday, September 8, 2010

harapnya ia begitu





Orang kata kalau nak suruh orang suka tulisan kita tulislah dari hati barulah dapat menyentuh hati- hati orang lain juga. Mungkin betul, maka hari ini aku ingin menulis dari hati.




Dalam keadaan sekarang, apa yang aku lalui ni sekarang, di saat itu. Aku mengharapkan ia begini.




Kelihatan sebuah rumah kayu bercampur batu tersergam indah di tepi sawah di sebuah kampung nan indah. Rumah kayu dua tingkat itu kelihatann berseri, dicat baru sempena hari raya yang akan disambut oleh seluruh umat Islam dua hari lagi. Halaman rumah yang luas juga sudah bersih disapu, tiada lagi daun- daun kering yang sering berguguran dari pohon- pohon rendang saujana mata memandang. Batang- batang buluh tempat meletak pelita ada yang berdiri senget, ditiup angin mungkin. Di dapur, emak- emak seramai lebih sebelas orang termasuk nenek dan anak menantu sedang mengopek bawang merah putih, besar. Itu belum masuk anak- anak yang sedang meningkat dara yang turut belajar cara mengopek bawang merah dan menggontel almond london dan tart nenas sambil bergurau senda. Nenek dan emak- emak pula bergelak ketawa berkongsi rasa bagaimana mereka di zaman muda. Tidak dilupa nenek menurunkan resepi rendang tok tujuh keturunan kepada emak- emak. Bahagia.




Di suatu sudut, di anjung rumah. Ibu saudara tertua dalam keluarga mengajar juga anak- anak saudara membersihkan daun balas dan cara membuat ketupat palas. Di halaman berhampiran pelita buluh, di bawah sepohon pokok rendang Tok mengajar anak menantu dan cucu lelaki bagaimana caranya menjadi lelaki gentle, menghidupkan api hendak bakar lemang. Juga mengangkat kawah untuk memasak rendang tok dan dodol untuk keluarga besar mereka. Gelak ketawa mereka juga bersela berkongsi cerita. Sambil memerhati cucu-cucu berlari berkejaran di halaman bersama, sesekali bapa mereka melarang itu dan ini.



Di suatu sudut, beberapa orang anak kecil yang masih lagi di tahap dua sekolah rendah berbual sesama mereka.



Amira : Adila, baju raya kamu warna apa ya? Kite dah lupe la.

Adila : Kan kita dah kata baju raye kite warna pink la. Satu kelurga kita warna pink.

Adiba : Kenapa warna pink? Tahun lepas kita dah warna pink.

Adila : Yela, mana kite tahu. Dah mak kite yang pilih. Tapi kita gembira sangat pasal baju raye pakwe kite kan warna pink jugak. Mak dia beli warna pink juga. Same- same.

Amira : Waaa, Adila da ade pakwe? Hebatnye, kalau kita mak kite kate pakwe makwe tak baek nanti Tuhan campak masuk api neraka. Takutla kita.

Adila : Dia yang nakkan kita, dan dia yang kate kite makwe dia. Kita pun kate lah dia pakwe kita jugak.


" Adila, Amira, Adiba apa pakwe makwe ni? Tak baik taw, dah dah ye. Pergi tolong kakak- kakak kamu kemas rumah nanti dapat pahala. Bulan- bulan puase ni tolong orang Allah gandakan pahala kita. Pergi ya?" Kata Mak Su mereka, anak bongsu Tok dan Nek mereka sambil membetul- betulkan tudung labuh di kepala.



Berlari mereka ke ruang depan di tingkat atas rumah kayu dua tingkat itu. Kakak- kakak mereka ada yang mengemas rumah, mengisi biskut dalam balang, menukar langsir dan memanjat tangga juga membersihkan sawang. Meriah dengan pelbagai suara dan ragam.



Menjelang berbuka puasa, Tok turun ke bawah menyalakan pelita. Hidangan berbuka puasa dibahagi tiga, satu untuk kaum rijal satu untuk kaum nisa' dan satu lagi untuk kanak- kanak. Emak- emak kalut usah dikira, menghidangan lauk tergesa- gesa. Si abang pula membaca doa sesudah azan dilaungkan, kemudia suasana senyap seketika. Menikmati juadah terbuka. Selepas tok dan nek pulang dari berterawih, mereka duduk di tangga menyaksikan anak- anak cucu membakar bunga api, dan mercun berbagai- bagai. Sesekali terdengar suara emak emak di dapur melatah, terkejut dek mercun bola. Dan pagi raye pula, anak cucu beratur di ruang tamu, bersalam dan memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Beginilah hari raya dirai.



Ya, aku mengharapkan ia begini. Namun tak semua kita miliki, namun yang ada harus tetap disyukuri, bukan? Jadi bersyukurlah. Dan terlalu banyak lagi aku harapkan ia begini, namun masih juga begini. Biarkan saja.


Beraya enam hari sahaja kemudian harus kemas barang kembali pulang. Ke kampus. Hurm. Begitulah.


Jadi kepada semua yang mengenali diri ini, selamat hari raya maaf zahir batin aku ucapkan. Juga kepada semua kengkawan bloggers dan sesiapa sahaja yang terasa dengan setiap perlakuan aku, kususun sepuluh jari memohon maaf. Maafkan aku!





Sosaying : "Aku susun duapuluh jari termasuk jari kaki memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki." Ayat tipikal kad raya mase dedulu, rindu! ;)







Thursday, August 26, 2010

dulu dan kini, bukan selamanya









Assalamualaikum warahmatullah.





Ai ni ase macam ter rajen pulak nak post belog. Senanye sejak aku menjejakkan kaki aku ke kampus ni kan aku ase macam aku masuk ke satu alam laen. Aku pun tak tahu kenapa, tapi itulah. Ase jakun jugak kenkadang tu. Ada banyak sebab aku ase macam tu. Antara sebabnye ialah :


1) Sebab jauh dari famili, selalu kalo call umi kata "Umiiiiiiiiiiiii nak balik!" Sambil buat suara serak sebak. Haha. Sila panjangkan lagi makhraj miiii tu sebab ghope itulah aku memanjangkan makhrajnya. Lebih enam harakat okay. :0




2) Uni ni bercampor dengan lelaki. Segan segan malu pilu sudu jugak garpu. Bukan nak kata aku ni baek sangatt sampai tak nak bercampOr dengan laki tapi tak biase en. Selalu kalo jalan ase cam de orang pandang, jeling- jeling. Wakaka, sungguh bajet disitu. Dan selalu jugak merungut dekat memember kate " weh kat mesia nih tak de ke uni yang tak bercampor pempuan laki? " keh keh keh.



3) Semua oarng sekeliling aku matured semua, dress up drop dead gorgeous, pakai make up sampai aku tengok mata dorang pakai eyeshadow uh susah nak celik. Wahaha. Kelakar sungguh. Ittaqullah. Hekhek. Bila semua orang dah nampak matured tinggal aku sorang terkontang- kanting yang ala- ala child like. Uhuk #,#





4) Jadual packed! Selalu kalo tak dekat pukul tujuh jarang nak sampai hostel. Letih letai lesu aku weh. Naseb baek jugak berat turun kalo idak mahu je aku bungkus kaen baju balik umah. Hehe, TipOo saje part bungkus kaen baju uh =P





Itulah antara sebabnye aku ase macam aku kat alam laen. Ada lagi, tapi biarlah rahsia. Senanya aku sedih sebab sekarang ni aku da tak menulis langsung even satu poem pun. Cerita apatah lagi, rase semua dah stuck dan tak flow macam dulu. Memang sedih, sebab perasaan di dalam tak terluahkan. Dengan pena apatah lagi kata- kata. Jauh sekali. Itulah, apa yang kita miliki semalam tak semestinya kita masih milikinya sekarang kan? Jadi bersyukurlah, sebab kadang- kadang kita ta sedar semua tu.




Sekarang ni aku selalu je teringat mase dedulu, ingat kengkawan TSG dan 3G. Sangat bertuah senanye ade kawan2 macam dorang. Yang paham jiwa, yang taw bila mase kita merajuk dan taw pulak cane nak heal nye. Yang taw ketika kita ketawa hahahaha dia ingatkan "weh jangan ketawa kuat sangat nanti hati mati". Sangat rindukan 3G famili members panggil aku adik su! AAAAHhh, rindu! Tuhan tahu!







SoSaying : Bersyukurlah! :-/




mereka kawan saya!



solehah sangat kot! ;)









Tuesday, August 24, 2010

ONCE,,you guys

Dah lama kot tak post belog, selalu je macam ni. Bila ade post je cakap weh rase macam lame tak post belog than bla bla bla. Malang betol belog ini dapat tuan yang begitu terok dan tidak caring menjenguk beliau tiap2 hari dan bagi dia makan even tiga kali seminggu. BLOG JUGAK KENA PUASA. Kena jadi solehah dan baek macam tuan dia. Hekhek. Hurm, urghhh,. Pathetic nye hidup macam ni.



Eyh, saya ada something untuk kamu, awak dan juga dia. Hurm lagi.




ONCE, the guy I adored
always lending his ears
and say I'm all ears, then spill
my shoulder is always there for u


ONCE, 0ther guy that amused me
got the weapons
to wrecked me out into pieces
in every single words that he write


ONCE, the dude that make my day
is the one who gave me his warm smiles
to face all the dark days
and he didn't even realize it


Once and always
I really hope the one guy
who will dwell in my life
never just squatter
will have all the once
and never just once,
forever, light up my days
bring me to HIM
say I'm with you
now and ever
and I pray we will be together in jannah, the one dude.





Hari ni dah selesai presentation, tak sangka pulak kACIP FATIMAH aku tu sangat digemari ramai. Wakaka. And Muiz im sorry aku tak bagi TONGKAT ALI. Aku tak minum. Hukhek.



SoSaying: Okay, papai!



Tuesday, July 20, 2010

post tak de motif,,dilarang baca!

Assalamualaikum...

Hurm,rindu nak post belog. Ada satu kisah yang nak dikongsi bersama agar dapat diambil pengajaran, kisah aku juga. Sadis kan? Huhu.



Tapi sekarang ni aku ada kat bilik ICT untuk kelas ICT tapi madame tak sehat dan tidak attend, jadi post la belog kejap. Tapi tak sempat kot nak story panjang- panjang nanti kantoi.



PERGI


awan gemawan
berarak cemerlang
membimbit titis hujan
membasahi bumi gersang


sambar menyambar
petir itu
dikaki lazuardi
menghimpit diri


sudah,
aku mengerti kini
kau mahu aku
mengusir pergi
cinta di hati!



SoSaying: Sayang pergilah dari daerah hati aku, kalau kau mahu aku tersenyum lagi. Tolong.









Saturday, June 19, 2010

gelora J I W A getaran R A G A









Assalamualaikum, apa khabar semua? (wah rasa mcam Wahid senario dalam melodi dah ni tak pun awal ashaari dalam fuhhh!wahaha)





It's been a while since bile tah aku tak post belog ini dengan betol- betol, maksudnye macam ni. Tidak bersungguh hanya ala kadar melepaskan kahak di tangga sahaja,correction sebetulnya batuk di tangga,hokeh. Hanya mengepost puisi berjiwa gelora diiringi dengan Only Hope by Swithcfoot jugak sahaja. Maka korang semua sihat ke? Aku sihat je, badan dah berketul- ketul ngalahkah badak berendamlumpur aje, okay itu tipu. Wahaha. Aku pun tak pasti ekceli belog ni ade reader ke idak lagi, iyelah dah la burOk, tak cukup kasih sayang pulak tu. Tak ada entry lagi tu, memang pakej la orang kata "belOg nan burOk". Kan? Kan? WOh, tengok tu ada ramai yang angguk kepala. Huuuu;(





Sebenarnya aku selalu pk nak deleta aje belog ni dan mungkin buat belog baru tapi sayang jugak sebab tak tahulah. Aku dah menulis belog ni dah dua tahun lebih kot. Sayang jugakla. Sekali lagi, sayang jugakla. Heh.





Aku tak tahu kenapa tapi lately aku rasa macam aku kehilangan sesuatu dalam hidup aku, rasa macam kosong tu taklah tapi separuh dari kosong. Hilang rasanya, terasa jiwa sedang merindu tapi aku pun tak pasti siapa aku rindukan ataupun lebih tepat lagi aku tak nak bagitahu siapa yang aku rindukan, haha. Tapi betul, misteri betul perasaan jiwa aku sejak kebelakangan ni.





Mungkin ada kawan- kawan skul yang tertanya, ataupun jugak mungkin kengkawan baik aku, TSG, 3G and others kenapa aku jarang post blog sekarang. Kadang- kadang korang perasan tak kalau korang follow blog orang kan, tak kira la sesape pun akan ada sesuatu masa dia senyap tak berkutik dan mengambil masa untuk menulis kembali. Mesti ada kan? Sebenarnya dia sedang bergelut, wahh bunyi BERGELUT macam suspen habes haha.



Dorang sedang bergelut dengan sesuatu yang berlaku dalam kehidupan yang mereka tak pernah jangkakan, dan mereka cuba sedaya upaya untuk melawan dan bangkit kembali demi satu cahaya dalam kehidupan. Heh, macam tu lah aku pun. Hurm. Hidup kalau tak ade ujian bukan namanya kehidupan. Betul tak adek2, abang2, kakak2? Sebut adek2 ni teringat pulak kat pak sedare aku yang duk nun di Port Dickson still panggil adek kat aku walaupun aku dah tua kerepot repot tak lama lagi nak masuk 18 tahun, fuhh. Rasa jakun jugak weh bile umur 18 ni orang panggil adek agi. HAHA.






Kata aku teror sekarang sebab aku tengah taip pakai satu tangan saja sebab lagi satu tutup mulut yang sedang menguap, itu tandanya apa ya? Mengantuk ya puan- puan dan tuan- tuan. Maka sebelum aku tidur, aku nak share something dengan korang.





Kadang kadang kita jeles, kita kagum ke tengok seseorang yang berjaya dalam apa yang mereka lakukan dan mendapat apa yang mereka impikan. Dalam hati membuak- buak dalam dada kata aku nak jadi macam dia! Dan kita mula mengubah diri kita untuk menjadi orang lain dan bukan diri kita sendiri. Aku tak ingat dah mana aku baca quote ni tapi macam ni lah lebih kurang bunyinya




" Anda lebih rela dikenali dengan dalam kelompok yang ramai dengan cara yang serupa, atau dikenali dengan dengan gaya dan diri sendiri"




Haih, lebih kurang ghope itulah ayatnye. Sorrylah, blur pulak malam- malam ni. So, jadi diri kita sendiri, perbaiki kelemahan and shoot it! But, but, but...Being ourself and acting in our own way ain't easy. I bet it. Choos the best way to express ourself. As long as tak melanggar syariat sudaa, just go with the walk.




So, that's all. Mata dah sempit plus bengkak serta berat dek kerana bulu mata yang terlalu panjang dan lentik, menambah tahap kemahuanketutupanmata,seruan bantal dan katil semakin menambahkan gelora JIWA dan getaran RAGA untuk melelapkan mata maka selamat malam sayang! Hoyeh;)



donghae oppa!from suju group, glance nampak cam girl




SoSaying:You can be sweet dream or my beautiful nightmare, either way I don't wanna wake up from u..













Monday, May 24, 2010

one less lonely girl






Hujan setitis- setitis
makin lebat
selebat permata
turun dari mata



Bulan terus megah
mendabik dada
tidak pernah menyedari
si pungguk yang menyendiri



Malam kian hening
bersama awan menemani
zulumat mengaburi
mata kasar insani




Aku masih disini
masih kasmaran
menyendiri
meratap nasib diri.



Saturday, May 22, 2010

untuk kamu











ya untuk kamu
bukan dia ataupun siapa
kamulah




bila waktu semakin berlalu
di bilah hari yang berliku
salam tidak lagi bersambut
hati sudah semakin menjauh
pelangi tidak lagi dikongsi
bersama,




aku malu lagi untuk menyapa
kerana aku sedar aku siapa
bukanlah permata.



Saturday, May 15, 2010

cebisan kata yang lahir dari hati










Diperhentian itu ramai yang menegur
ada yangku jawab dan ada yang tidak
aku bukan menunggu sesiapa
kekasih juga bukan
cuma menunggu Tuhan
memberikan jawapan kepada setiapa persoalan.



~Annisa Sofea~










Aku bukan incognito yang lari daripada realiti

sekurang aku tidak keliru dengan status aku, sekurangnya
kepercayaanku masih lagi berpaksi
pada yang Hak dan Hakiki
masih dapat membezakan bunga dan tahi. Sekurangnya.










Satu bayangan yang setulusnya dirindui mungkin saja tertimbus dek hadirnya terlalu banyak bayangan yang menyapa mata. Lantas tercari juga aku siapakah sebenarnya yang pasti?



SoSaying: Bila akal dan hati berperang dan bergolak hebat. Inilah hasilnya. Sekian.



http://www.formspring.me/tyrahanim

~sekadar mengikuti perkembangan dunia di hujung jari..






Sunday, April 25, 2010

tagged ^aku masih single^

Assalamualaikum,,





Lama weyh aku tak bukak belog ini. Ingat lagi tak anda semua kepada belog nan burok ni? Serta merta pelbagai kekurangan yang ada pada belog burok ini? Anda masih ingat? Ouh, baguslah kalau begitu saya sangat menghargainya. Sudah dua minggu aku menghilang dari belog dan facebook dan segala bagai dunia dihujung jari ini.





Bercuti, lah kot di rumah grannies Hidayatun Mardiah selama dua minggu. Memang tak tipu best sangat. Nak story jugak tapi tunggulah mood pulih dulu, sebab terlalu banyak benda yang datang menghempap bahu dan kepala membuatkan aku terduduk seketika. I need time on my own, need some oxygen eheh. To stay alive, to stay survive. Yeah. Jadi bersyukur maseh bernyawa dengan nikmat yang Tuhan berikan.





SO, bila balik- balik je tengok dekat chatbox ohoh Si Gojes Along Izzati Ezani tagged. She's my best buddy so I'll take the gut even it's hard. Ahah, so zaty u kena comment post ni. Demand kan aku?



Siapakah anda di rumah?



Saya seorang kakak yang garang,selalu buli adek saya. Mum kepada dua ekor baby arnab yang saya beri nama Loopy and Lassie which I call em abang and adik. Sangat jarang keluar bilik and only do on few purposes. Tapi saya suka buat havoc dekat dapur, masak memasak. Eheh. Saya sangat berbeza berada dirumah dan bersama geng, sangat berbeza!




Siapakah anda disamping rakan?

Saya seorang yang rakan- rakan selalu kate sedow, gila- gila dan seangkatan dengannya. Dengan rakan- rakan saya boleh jadi manja, garang, sensitip, ibu, ayah, kekasih, kakak dan seumpamanya. Enough said.







Lima benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai?



One : heaven eternity with my loves, one of them is my granny for sure:(



Two : study or stay dekat oversea eheh eheh.



Three : rumah and kereta sendiri. I mean my very own bukan parents ke ape.


Four : yang ini secret ah aku tak boleh bagitahu orang,malu!


Five : wardrobe of booksssss,,i have big desire on books tak kiralah novel ke, mags ke or anything as long as bo0ks which i can read. Especiallynye novel lah, kalau novel im gonna make sure i have all hlovate's and Faisal Tehrani's bo0k.





Siapakah nama pasangan anda?

perlu ke kau tahu? Sihitammanismacho atau si apek sayur? Lu pk lah sendiri.







Ceritakan lima perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda.

Macam mana aku nak cerita tentang sesuatu yang belum wujud?






Bila tarikh anda couple?

hambar ah soalan, next question please.





Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?


Hem. Kenangan manis sahaja yang ada, masam masin ke tak ada okay.






Lagu tema cinta anda.


Kalau aku, aku suka two is better than one by boys like girl ft. Taylor.





Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

Apa- apa yang baik untuk aku dan dia nanti yang boleh membawa kami berdua ke heaven eternity InsyaAllah..





Tag sepuluh rakan anda yang lain.



1- Sihitammanismacho
2- Siapeksayur
3- Miley Cyrus
4- Taylor Swift
5- Joe Jonas Brother
6-Ako Mustapha
7- Berahim Pendek
8- Normala Samsudin
9- Kau!
10- Nenek tiri laki kepada bini ayah kau.




Done! Anyway babe thanks for tagging me. Eheh, u know this is also hard hard for me as if I don't have one. Eheh. So guys, chill!





SoSaying : Zillions of thanks to Hidayatun Mardiah and Sis Sima Syafika for being beside me. truly on my side when I'm in need. Indeed. Allah takdirkan kita ditimpa kesusahan namun akan ada seorang insan yang dia utuskan untuk membantu. Terima kasih untuk insan itu. And u both adalah insan itu. *Hug*





Sunday, April 4, 2010

Kasmaran gelap hujan

Malam hujan. Tidak lebat, bukan juga setitis- setitis. Bulan malu lantaran sembunyi dibalik pekat awan. Awan yang mulanya menakung air lantas mencurahkannya dibumi yang tandus. Gersang. Setandus dan segersang tanah hati. Aku. Permukaan jiwa garing. Cuma hati yang masih belum menyambut hujan. Lantas, masih ia dahaga. Akan hujan.






Gelap. Seolah sebati dengan diri. Tidak usah ditanya mengapa. Dikala mendung menyapa, gelap itu ada untuk menyelimutkan aku. Gelap mendengar tangis aku. Menyimpan kemas rahsia dan titis hujan air mata di jiwaku yang galak disamping permukaan hati yang kemarau, garing dibaham mentari. Masih juga lagi. Aku selesa dalam dakapan gelap. Tenang, nyaman, lengang. Gelap, silah khalwat aku dengan kekasihku, TUHAN. Usah kau mengganggu.






AKU. Kasmaran. Dengan cinta manusia. Kau tahu banyak mana aku pasang alarm di pintu hati. Agar bila ada yang cuba menerobos, ia berbunyi dan beramaran. Biar aku berjaga- jaga dengan pelbagai kemungkinan. Agar bisa aku intai di sebalik jendela siapa pencuri yang bisa menerobos. Kerana mungkin jika diizinkan kunci yang dipegang diberi izin untuk dimasukkan. Dan mungkin juga kalau beruntung bisa dibuka, disaat alarm tidak lagi berbunyi. Dan aku menunggu didalam dengan senyuman. Meraikan kejayaan, kunci yang kau masukkan. Bukan jaminan emas yang aku berikan tapi kasih sayang yang berpanjangan.






KAU. Pencuri yang berjaya. Membekukan alarm, melekakan mataku di jendela. Memberi irama pada gendang hati yang bertalu. Kau jumpa kunci itu dimana. Kau cuba, kau buka dan berjaya. Kau lihat aku senyum panjang pada kau yang aku kira pemenang. Bukan aku yang memberi kunci itu tapi kau yang cari, usaha, dan cuba. Senyuman tahniahku kau balas dengan senyum puas.





Sebentra cuma, kau gegas keluar bersama kunci dan pintu yang terbuka. Kau tahu, aku masih menunggu. Pintu masih lagi terbuka, tidak dapat aku menutupnya. Kunci hanya pada kau seorang. Mereka diluar melihat ak termangu, menunggu. Tangan dihulur, tidak dapat digapai.






Jika kau tidak mahu tinggal di dalam bersama aku, kembalilah. Pulangkan kunci. Biar aku simpan jadi kenangan. Dan pintu aku, akanku tukar kunci mangga segala bagai. Mungkin penantian tidak berguna. Lihat saja siapa yang berjaya dan ingin menghuni. Bersama aku. Jika ditanya, ya. Kau pencuri kejam yang hanya ingin mencuba membuka pintu yang katanya susah dibuka. Hanya ingin mencuba. Mungkin belum sampai waktunya.







Aku sakit,

04/04/2010
1.45 am















Wednesday, March 10, 2010

di persimpangan




Aku dipersimpangan
Jalan yang berliku di hadapan
perlu kuteruskan
pernah aku tersungkur
dipermulaan perjalanan
aku bangkit kembali
dan aku pasrah
lalu kuterukan perjalanan


Aku berjalan di arus deras
aku berenang di pekat lumpur
dan aku mendaki di puncak gunung berapi
menggapai impian tak pasti


Bila bunga berkembang
hatiku menyanyi,menari girang
bila matahari mula malu
jiwaku mengeluh,mendesah
kerna aku bimbang
andaikata matahari tidak akan muncul lagi
lalu membiarkan aku sendiri
menyusuri danau berduri
mengejar bayang ilusi


Seringkali aku berfantasi
aku berjalan di atas pelangi
tidak lagi mengejar bayang sendiri
tapi itu cuma mimpi
kuterjaga lalu berlari
lantas berada di alam realiti.





Sunday, March 7, 2010

buang tebiat

Actually aku memang nak post blog malam ni. Seriously,tapi mood tu bruise and tone down bila aku buat blogwalking. Terasa kesal dengan manusia yang suka ambik hak orang dan claim as if macam reta sendiri kan? Hurm, cut it out Atyrah.




Three days to go before aku pergi skul godek- godek, will dress up with baju kurung hijau as u wish budak- mana- entah yang tentukan dress code untuk the day. Sokayla. Akan mengambil satu slip putih yang di dalamnya terkandung berapa a's aku dapat for the whole two years aku belajar jadah physics, chemistry dan yang sekufu dengannya.



I wonder why kenapa 2-3 days lately aku tak nervous mane pasal result. Is this a sign of frustated? Adakah Tuhan alihkan perhatian aku so i won't care pasal result aku at all? I don't know. Tapi entahlah ye. We'll wait and see lah. To those yang pesan kat aku kata Tyrah nanti kalau da dapat result jangan lupe kasi taw aku yeh, my answer is kalo result aku cun satu dunia InsyaAllah aku heboh, kalo tak faham-faham aje lah.



Even though aku kata tade perasaan sangat result nak keluar tapi aku tataw sejak bila aku mula buat benda luar alam such as dengar lagu daripada Swithfoot, Hoobastank and band jargon yang aku tak pernah nak jeling walau sebelah mata. Seems like suka pulak memencilkan diri daripada orang ramai seperti berkurung dalam bilik, menelaah novel dan basic grammar english yang budak darjah tiga guna tu kan. Buat muka jerk kalau orang tengok pun rasa nak lempang. Tune the hi-fi volume almost to highest bila duduk sensorang,apa korang ingat aku layan era.fm ke hot pekenama? Sekius me, Saad al Ghamidi 30 juzuk on the air okay. Helleh, see the leg la man.



Kalau aku rajin malam ni aku post lagi, aku nak pi sambung baca novel. Tade mood nak online lame- lame. Memang tebiat sungguh kan. Hish.






SoSaying: Im sorry, kinda tune out sekarang ni. Result is coming my way.