Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Monday, February 22, 2010

post pendek

Kali ni aku janji post aku pendek saja. Betul. Aku tak tipu. Tak ada berat- berat,ringan- ringan saje. :)


Orang kata setiap penyakit yang Allah datangkan kepada kita adalah untuk menghapuskan dosa- dosa kita. Alhamdulillah,syukur kalau begitu. Semoga dosa- dosa aku yang banyaknya bagai buih dilautan ini diampunkan Tuhan. Amin.




Tidak, bukan aku kena kanser atau pun penyakit serius yang sewaktu dengannya, aku cuma demam panas. Tapi masih sempat post blog kan? Semangatku jitu, hehe:P



Mungkin disebabkan aku terlalu risau memikirkan result yang tunggu hari saja nak muncul, mungkin juga aku rindukan teman- teman seperjuangan. Aku rindukan kalian dan saat- saat kita bersama.





i miss the moment,3G family


TSG crew



P/S: Doakan aku dapat result cemerlang, dan juga cepat sembuh. Maaf,kerana terlalu banyak meminta. Sekian.





Sunday, February 21, 2010

Permata dan Kaca



Sungguh sukar

Mencari permata dicelahan kaca

Tersalah langkah

Tangan terluka

Tersilap pandang

Tersalah perhitungan



Memang permata

Buruan manusia



Alangkah bertuahnya permata

Cahayanya berkilau

Dirinya bernilai

Rupanya kemilau

Menjadi rebutan pula



Wahai sang kaca

Sedarlah engkau

Walaupun cahayamu mungkin

Bergemerlap sinarnya

Menyuluh semesta

Berbakti kepada manusia

Engkau tetap bernama kaca!



Minggu ini boleh dikira minggu emas bagi sebab alhamdulillah idea cam banyak datang untuk berjiwa jiwang ni. Setelah seminggu bagaikan kaku,,so ini dia permata dan kaca..:)









Saturday, February 20, 2010

Kelantan versus Kedah



Ya memang aku tahu hari ni aku online lambat. Ya memang aku tahu jugak Kelantan kalah dengan Kedah. Bukan kalah sebenarnya seri 1-1. Kalau 0-0 main masa tambahan kalau seri Kedah menang dan kalau mendahului mata barulah Kelantan boleh masuk suku akhir. Kenapa dan kenapa macam ni? Bukan menyesali takdir Tuhan tapi aahhhh, hampa! Sebelum ni aku sangat sangat berjiwa perempuan(sekarang pun masih) dan memang tak minat lansung bola selalu cakap apa jadahla dua puluh empat orang ni duk kejar bola nan sebijik tu, Lepas tu yang kat luar tengok ni bukan main bersorak menjerit satu rumah kan, macam tak masuk akal tapi kalau dah tengok bola tahulah kenapa dan macam mana kan?



Aku start tengok bola tahun lepas waktu aku form five, biasalah tahun exam kan macam- macam benda luar tabi’e maksudnye yang kita tak pernah minat tiba- tiba je boleh jadi minat contohnya macam aku ni la. Tak pernah tengok bola even once, aduh memang lansung tak minatlah kesimpulannya. Masa tu awal tahun lagi kalau tak silap aku, Kelantan lawan Selangor Piala Tm. Memang masa tu Kelantan main best, lastly seri 1-1. Masa tu ingatkan Kelantan la menang sebab Kelantan mendahului gol. Bila masa penalty faham- faham jelah. Memang nasibla kalau menang pun. Then, penalty Selangor menang. Masa tu frust, memang frust. Serious. Fisrt time tengok bola kan, sokong punyelah semangat tapi kalah pulak,aduh…






Second time, Kelantan lawan Perlis separuh akhir Liga Malaysia. Yang ni memang havoc sangatlah sebab tengok dengan Ayah Sue kan. Kesian je Khalid Jamlus kena kutuk, bahah. Masa tu sumpah aku memang minat Khalid Jamlus. Dia punya aura kelelakian tu,tehee:) Tak salah mengagumi ciptaan Tuhan kan? Stop. Masa tu Farhan hatrik jaringkan tiga gol. Memang salutela Farhan malam tu. Malam tu Indra Putra tak turun. Tulah kali kedua aku tengok bola. Kali ni memang puas hati. Thumbs up punya. Tak sia- sia aku tengok malam tu.




antara pemain menyengat malam tadi


Kali ketiga aku tengok bola masa lawan dengan Negeri Sembilan. Memang sedih sangat sebab Kelantan main memang orang kata entah apa- apa malam tu. Nasib baikla Indra jaringkan satu gol jugak. Kira macam saguhati la. Eh, ye ke? Yela kot. Dalam perlawanan yang aku tengok aku perhatikan Kelantan pemain penyerang contohnye dengan negeri sembilan Farhan dengan Indra memang sentiasa dikawal ketat. Memang nak sepak bola pun susah. Asal nak sepak je mesti kena kepung, tak pun kena libas kaki ke apa. Memang serius jahatlah waktu Negeri Sembilan. Angin sangat dengan Hairudin tu tapi sekarang ni dia dah masuk team Kelantan. Lepas tu ada aura- ura mengatakan bahawa Kelantan memang dapat upah untuk kekalahan dengan Negeri Sembilan malam tu. Betul ke tidak wallahualam. Tapi kalau betullah,memang tak patut sebab skuad Kelantan dah hampakan harapan para peminat Red Warrior yang sangat ingin melihat mereka menjulang piala Malaysia. Lepas kalah tu memang aku kata tak nak tengok bola lagi dah sebab frust, masa tu dah bulan 7 ke kalau tak silap. Lepas tengok bola tu terus tidur,tak boleeh nak bukak buku ke ape berat kepala frust. Haha.



Tapi kali ni tengok pula,kalah pulak. Hurm,apa nak jadi. Tapi aku tetap mendoakan yang terbaik untuk team Red Warrior sebab aku memang minat sangat dengan Indra Putra, dia punya karisma dan ability memang boleh respectla kan? Indra, I wish u all the best. Semoga dapat jadi pemain paling bernilai pulak tahun ni. Semoga Indra boleh stay dengan Red Warrior lama- lama.

Teringat pulak masa tengok bola tadi, si budak comot muncit kata bestnya paramedic tu boleh pegang pemain bola tu kan. Raba- raba ke. Hish,haha! Tak apa okay,lelaki dengan lelaki.




P/S:maafkan aku kerana bersikap luar tabi'e,huhu







Thursday, February 18, 2010

Cinta sang pipit dan enggang



" Salahkah aku mencintaimu? Maafkan aku kerana aku terlanjur cinta,,ketahuilah aku terlalu mencintaimu..tidakku tahu bila ia berputik, tidak kusedar bila ia mekar yang ku tahu ia sudah mula harum dan subur di taman hatiku,,,Aku juga punya hati dan perasaan seperti kau juga,seperti yang yang lain juga. Ingin aku mencintai dan dicintai. Aku tahu perasaan itu indah dan halus, jika tidak masakan Shah Jahan membina Taj Mahal sebagai lambang kasihnya kepada Mumtaz. Jika tidak mana mungkin juga Romeo dan Juliet itu sanggup mengharungi kesusahan asalkan mereka dapat bersama." Kata pipit kepada enggang dengan airmata mula berlinang di pipi. Pipit menangis,terharu, sedih, bahagia, semuanya bercampur baur. Sementara itu di dalam hati pipit Two is better Than One mula berdendang hebat, sehebat gelora cinta pipit kepada enggan barangkali.


So maybe it's true i can't live without you
maybe two is better than one
But there' so much time to figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone


I remember every look upon your face
The way you roll your eyes, the way you taste
You make it hard for breathing
Cause when i close my eyes and drift away
I think of you and everything's ok
And now finally believing
Two is better than one


"Hai sang pipit bukan niatku untuk menolak hasrat hatimu, perasaan sucimu. Tapi pipit, kembalilah kepada sunah alam. Fikir- fikirkanlah pipit tak mungkin pipit dapat terbang dan berganding dengan enggang. Maafkan aku pipit, memang aku hargai perasaan kau terhadap aku tapi kita tidak ditakdirkan bersama. Sudah pasti aku inginkan enggang juga supaya dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan aku. Maafkan aku pipit. Maafkan aku." Kata sang enggang lalu terbang pergi meninggalkan pipit.


Dan pipit masih disitu. Melayan tangis yang kian membanjiri tubir mata. Pipit cuba menyedari hakikatnya memang begitu. Pipit tidak mungkin dapat bergandingan dengan enggang. Enggang yang lebih segalanya daripada pipit. Enggang yang gagah, enggang yang berkuasa. Dan enggang yang mencuri hati pipit juga.



Kehidupan memang macam tu,pipit dengan pipit dan enggang sama enggang. Namun lumrah kehidupan juga kadang- kadang "pipit" terjatuh cinta kepada "enggang". Ahh, biarkan dunia ini bersandiwara!








Tuesday, January 5, 2010

I miss You I Miss You I miss You!

Memang semua tidak seperti yang kita rancang dan mahukan. Sentiasa akan ada halangan untuk setiap apa yang kita mahukan dalam kehidupan kita.
Macam biasalah ketika post blog ni dah pagi buta tapi mata tak boleh nak lelaplah. Hehe.
Sebenarnya sangat rindukan my buddies serioulsy tak tipu smbil mata pisat pisat sebab dah mengantuk sangat. Tapi nak post jugak sebelum tidur malam ini. Guys, i really miss u!










Damn missing u guys. Mahu tidur sekarang. Nampak bantal dan katil sekaraang ni. Sleeping beauty. Zzzzz.:0