Tuesday, June 22, 2010

Assalamualaikum semua, sihatkah jiwa anda, raga, juga segala- galanya milik anda?




Ouh terasa begitu skema disitu. Begitu aku rindu kepada dunia alam ghaib ini eh bukan dunia alam siber laa.. Rindu sesangat.




Weh, anak- anak tahu tak esok birthday aku? Korang tahu tak? Hah??!!!
Apa?? kau tak tahu? Hish,, menyampah betul la. Tapi kan kira adil le sebab aku pon tak je birthday korang kan? Wahaha.




Im going 18 tomorrow, apa yang boleh ku kata? Ku sudah tua, rambut dipenuhi uban yang banyakkkk disertai dengan gatal kepala disebabkan uban- uban yang liar menjelajah ke setiap inci sudut kepala aku. Lepas tu muka aku dah berkedut- kedut diiringi dengan pelbagai parutt dan jerawat yang masih segar tumbuh di muka beserta dengan pinggang yang selalu sakit- sakit dek kerana selalu membanting tulang menoreh getah dan menuai benih padi diwaktu muda dulu. Maklumlah aku ni anak dara remaja muda belia contoh ikutan mase memudee dolu. Sekarang pun masih anak dara walaupun sudah meningkat usia senja, ouh begitu terasa ketuaan dalam diri aku ni. Haih.




Sesungguhnya aku rindukan rumah weh, rindu nak golek- golek atas katil, rindu nak menari- nari dalam bilik air dan macam- macam lagilah. Huhu;(



Rindu kepada umi yang selalu panggil aku mokmon sekarang ni. Korang tahu tak apa benda maksud mokmon tu? Apa??! Tak tahu jugak. Haih.


Kalau korang nak tahu mokmon maksud dia GEMOK+ MONTEL= MOKMON



Umi aku sekarang panggil aku mokmon woh disebabkan aku ni makin gemok dan montel mengalahkan tenggiling bunting, macam itulah ghopenye gemoknye aku sekarang ni.


Tak tahu eden macam mana nak dietnye. Bile tah aku nak kurusnya. Terasa sakit kaki membawa badan yang macam mak buyung nih. Haih, berikan aku tips untuk kurus sikit bolllleeeyhhhhhhhh takkk??????? Kurus! Kurus! Kurus! Kurus! Datanglah kepadaku kembali. Kembalilah kurus! Jangan tinggalkan aku!!!!!!!!!




Okay dah tamat sesi merapu dan meroyan. Aku dah penat terjerit- jerit panggil kurus datang semula. Dia kata dia akan datang dalam masa dua bulan. Haih, u can count on me babeh! Akan kuhapuskan segala gelaran mokmon dan tenggiling bunting juga mak buyung segala bagai. Biar dipanggil cekeding asal jiwa bahagia tiada sengsara.




Sempena birthday aku, aku nak wish kat diri aku sendiri sekarang jugak;


-selamat hari lahir ke lapan belas
-selamat meniti usia remaja yang penuh berliku
-selamat menempuh suka dan duka sepanjang berumur 18 tahun
-"semoga berjaya dalam tamhidi ni" kata umi kepada mokmon
-selamat meneruskan perjalanan mengejar impian dan redha ALLAh, InsyaAllah.



~~~Dan pelbagai selamat dan semoga lagi. Ponat aku nak menaip lamo- lamo eh. Assignment timbun- timbun ngalahkan gunung himalaya.




Lastly it's okay 18 years celebrating birthday without a father. No tears no cry babeh. Big girls no crying, not even a tear.






2 mereka kata:

Anonymous said...

mokmon??
hahaha

little lady~ said...

homla mokmon..sapo ni?