Saturday, June 19, 2010

gelora J I W A getaran R A G A









Assalamualaikum, apa khabar semua? (wah rasa mcam Wahid senario dalam melodi dah ni tak pun awal ashaari dalam fuhhh!wahaha)





It's been a while since bile tah aku tak post belog ini dengan betol- betol, maksudnye macam ni. Tidak bersungguh hanya ala kadar melepaskan kahak di tangga sahaja,correction sebetulnya batuk di tangga,hokeh. Hanya mengepost puisi berjiwa gelora diiringi dengan Only Hope by Swithcfoot jugak sahaja. Maka korang semua sihat ke? Aku sihat je, badan dah berketul- ketul ngalahkah badak berendamlumpur aje, okay itu tipu. Wahaha. Aku pun tak pasti ekceli belog ni ade reader ke idak lagi, iyelah dah la burOk, tak cukup kasih sayang pulak tu. Tak ada entry lagi tu, memang pakej la orang kata "belOg nan burOk". Kan? Kan? WOh, tengok tu ada ramai yang angguk kepala. Huuuu;(





Sebenarnya aku selalu pk nak deleta aje belog ni dan mungkin buat belog baru tapi sayang jugak sebab tak tahulah. Aku dah menulis belog ni dah dua tahun lebih kot. Sayang jugakla. Sekali lagi, sayang jugakla. Heh.





Aku tak tahu kenapa tapi lately aku rasa macam aku kehilangan sesuatu dalam hidup aku, rasa macam kosong tu taklah tapi separuh dari kosong. Hilang rasanya, terasa jiwa sedang merindu tapi aku pun tak pasti siapa aku rindukan ataupun lebih tepat lagi aku tak nak bagitahu siapa yang aku rindukan, haha. Tapi betul, misteri betul perasaan jiwa aku sejak kebelakangan ni.





Mungkin ada kawan- kawan skul yang tertanya, ataupun jugak mungkin kengkawan baik aku, TSG, 3G and others kenapa aku jarang post blog sekarang. Kadang- kadang korang perasan tak kalau korang follow blog orang kan, tak kira la sesape pun akan ada sesuatu masa dia senyap tak berkutik dan mengambil masa untuk menulis kembali. Mesti ada kan? Sebenarnya dia sedang bergelut, wahh bunyi BERGELUT macam suspen habes haha.



Dorang sedang bergelut dengan sesuatu yang berlaku dalam kehidupan yang mereka tak pernah jangkakan, dan mereka cuba sedaya upaya untuk melawan dan bangkit kembali demi satu cahaya dalam kehidupan. Heh, macam tu lah aku pun. Hurm. Hidup kalau tak ade ujian bukan namanya kehidupan. Betul tak adek2, abang2, kakak2? Sebut adek2 ni teringat pulak kat pak sedare aku yang duk nun di Port Dickson still panggil adek kat aku walaupun aku dah tua kerepot repot tak lama lagi nak masuk 18 tahun, fuhh. Rasa jakun jugak weh bile umur 18 ni orang panggil adek agi. HAHA.






Kata aku teror sekarang sebab aku tengah taip pakai satu tangan saja sebab lagi satu tutup mulut yang sedang menguap, itu tandanya apa ya? Mengantuk ya puan- puan dan tuan- tuan. Maka sebelum aku tidur, aku nak share something dengan korang.





Kadang kadang kita jeles, kita kagum ke tengok seseorang yang berjaya dalam apa yang mereka lakukan dan mendapat apa yang mereka impikan. Dalam hati membuak- buak dalam dada kata aku nak jadi macam dia! Dan kita mula mengubah diri kita untuk menjadi orang lain dan bukan diri kita sendiri. Aku tak ingat dah mana aku baca quote ni tapi macam ni lah lebih kurang bunyinya




" Anda lebih rela dikenali dengan dalam kelompok yang ramai dengan cara yang serupa, atau dikenali dengan dengan gaya dan diri sendiri"




Haih, lebih kurang ghope itulah ayatnye. Sorrylah, blur pulak malam- malam ni. So, jadi diri kita sendiri, perbaiki kelemahan and shoot it! But, but, but...Being ourself and acting in our own way ain't easy. I bet it. Choos the best way to express ourself. As long as tak melanggar syariat sudaa, just go with the walk.




So, that's all. Mata dah sempit plus bengkak serta berat dek kerana bulu mata yang terlalu panjang dan lentik, menambah tahap kemahuanketutupanmata,seruan bantal dan katil semakin menambahkan gelora JIWA dan getaran RAGA untuk melelapkan mata maka selamat malam sayang! Hoyeh;)



donghae oppa!from suju group, glance nampak cam girl




SoSaying:You can be sweet dream or my beautiful nightmare, either way I don't wanna wake up from u..













1 mereka kata:

khaulah said...

sedap je lgu ni....