Monday, April 5, 2010

maut semasa camping





Sadis en aku punya tajuk entry kali ni? Dah lama jugak tak post belog sebab aku pergi bercamping di Lata Belatan Terengganu selama empat hari tiga malam. Perkhemahan Tahunan PBSM, yang boleh tahan syioknye. Pelbagai kejadian sadis dan tragis aku lalui semasa di sana. Tapi Lata Belatan memang indah bertamankan irama alam yang merdu beserta renjer- renjer yang gantang, haha tipu je. Rasa segar dapat menghirup udara yang dara dan tidak dicemari dioxide segala bagai yang memendekkan umur. Aku nak cerita pasal Lata Belatan je bukan Hutan Lipur luar Negara nun, kalau sesape yang rasa cuak- cuak nak baca sebab dah lama bertapa di obersi dah rasa segan- segan silu dengan khatulistiwa tak payahla baca okay. Haha :P










Kami bertolak ke sana tepat jam 10 pagi dan sampai lebih kurang dua jam kemudian. Sesampainya di sana memang agak kalut ribut sebab tak sangka pulak kena berkongsi tapak dengan BRIGED BAKTI sekolah kitorang jugak so berlakulah sesi WWF untuk menegakkan keadilan. Nothing much then lepas tu start buat khemah la pulak. Habis tangan aku merah- merah tolong pasang khemah dekat budak- budak ni almaklumlah bajet mandatku besar kali ni jadi pemerhati program. Wakaka, sila gelak guling baring.










Setelah selesai solat dan bersiap sedia, maka aktiviti seterusnya dijalankan iaitu yang pertama ialah explore river. Jalan dari bawah air terjun sampai ke mata air. Masa ni seronok gila, aku geng dengan bebudak MT duk belakang- belakang sikit. Sambil explore river sambil menyelam golek- golek. Sumpah heaven. Sampai guide selalu jerit- jerit suruh kitaorang cepat. Dah nama lagi port belakang selalu jugaklah stuck sebab ada bebudak yang kat depan takut jatuh nak harung air pekenama jadi aku selalulah pergi langkah batu- batu buat aksi kalah Jane Tarzan sambil bebudak jerit wah Kak Tyrah tak aci woh dah sampai! Padan muka siapa suruh bentat. Kihkih.Kalau meneruskan perjalanan kurang lima belas minit kami akan sampai ke mata air tapi kita merancang Tuhan menentukan maka ada seorang KD jugak kena asthma pulak dah. Coincidentally budak tu pun nama Athirah so semua pakat weh tyrah mana? Teruk jugak budak tu asthma, aku yang tak berapa besar nilah tolong pangku dan tenangkan budak ni kat atas batu untuk stabilkan keadaan dia. Buatnya maut masa tu tak ke naya.




chalet kami :))



tent bebudak




Masa tu kalau jalan ikut jalan darat memang dah jauh ke tengah hutan kami masuk, budak tu memang tak boleh jalan jadi dua orang guide terpaksalah usung dia untuk dibawa turun guna stretcher. Masa tulah aku realise OMG lelaki memang kuatkah? Bukan sebab kau imaginelah angkat budak tu dua orang sepatutnya empat orang dalam hutan macam tu. Kitaorang yang jalan lenggang ni pun maunya nak cumbu tanah sebab akar berselirat, kena daki bukit segala bagai. Kalau manusia sekuat itu Allah berjuta kali kuatnya weyh. Masa tu dah nak dekat pukul tujuh masih lagi dalam hutan. Heeee, scary jugak.





typical ah ambik gambar kasut







Malam tu selepas perasmian bebudak buat logo kita yang tua bangka ni melangut tengok je lah. Tak dapat eden nak menolongnya. Malam ni ada solo drop. Ouh, memang bergetar jiwa raga aku. Dua tahun dah kena benda alah ni tak kan tahun ni kena lagi, solo drop ni macam ni. Pada malam yang gelap, guide lepaskan kita kat hutan seorang demi seorang dengan jarak masa lima minit sebelum lepas orang lain. Masa kita jalan tu kena pegang tali sampailah ke destinasi, kau bayankan jalan dalam hutan sorang- sorang malam- malam. Oh man, aku tak mahu. Sudah peritlah. Dengan kaki yang tak berapa sihat. Rasa nak meleleh- leleh dah airmata. Tapi buat cool jelah, malu kat bebudak pulak nanti. Masa beratur tu, Kak Iman dan Kak Ti usha guide nama Abang Farid cakap:






" kalau dua orang boleh tak".








Abang Farid bagi ceramah bla bla bla dengan slogan Milonya yakni yakin boleh, aku pun mencelah






"saya tak boleh. Ada benda" Buat muka kesian bajet simpati segala bagai.




Abang Farid kata tak boleh dan memberi slogan Milo sekali lagi. Lalu aku pun cebik- cebik sambil pergi belakang dan peluk Aesah sambil Fiqah tepuk- tepuk belakang. Drama sebabak yang tidak dirancang. Abang Farid pun kata awak, mailah depan. Pegi duduk kat belakang tu. Waaa, tak boleh tahan senyum sambil gelak setan dalam hati. Bebudak KD semua woh, kak tyrah tak aci. Menjadi jugak lakonan aku. Abang Farid cakap nanti aku kena pergi jugak tapi dalam group bersama dua tiga orang bebudak yang ada masalah kencing manis eehhh tak asthma dan overweight.







camping site pada waktu malam





Sesudah solo drop lebih kurang pukul 3 dah waktu tu, aku Wafa', Mila pakat nak port tidur dekat dewan lepas habiskan makanan dekat dapur. Untuk pengetahuan korang semua bila aku sebut dewan jangan bayangkan yang indah bagai beserta aircond kalah musim salji. Ini dewan dalam hutan. Maka malam tu aku tidur bertilamkan sejadah, berbantalkan bagpack, berselimutkan sweater saja. Dihurung nyamuk liar sebab dewan tu open tade dinding. Nasib baik ada bumbung. Dekat pukul lima, aku tersedar tak tahu kenapa tapi bahagian bawah abdomen sangat sakit sengal tak boleh nak cerita kat orang. Aku pun menangis sambil tidur, OMG sakit tsk tsk :'(.





Masa tu tak boleh nak bangun, kebetulan Team briged tengah meeting sesama KD dorang then Erah dengar aku nangis agaknya datang gosok- gosok. Heee,,tengs Erah. I labiu. Sebab sejuk sangat sampai sendi jadi sengal kebetulan memang dah sakit. Sapa suh gi lompat- lompat batu tak ingat akhirat. Ampunkan aku Tuhan. Kesian Wafa' dengan Mila kena papah aku yang debab ni masuk chalet.





hoyeh!



bebudak kena masuk lumpur, exception untuk orang mandat besar cam aku ,gurau je. Heh, tipu je pandai- pandai la bagi excuse. Nak hidup kan brader



aku tak ada kat sini, tengah tidur kat chalet. Sakit kaki




Heh kalau nak cerita satu- satu mahunya berkajang post aku kali ni so aku ringkaskanlah. Okay di saat ini aku teringat kami share chalet, memang tak ramai yang tidur dalam tu tapi part- part nak tukar baju mandi segala bagai memang chalet kamilah portnye. Maunya tak sesak. Series teringat Si Potpet Sharah yang mulut dia memang tak boleh berhenti bercakap. Kalau tak bercakap dia berpantun. Memang kasi gegar chalet kecil nan burok uh aku, Kak Iman dengan Kak Tie gelak.




Ni la Sharah si potpet, macam hello kitty kan muka dia. Haha, maunya tak cukup planet bumi ni dia kejar aku kalau dia baca




Hari ketiga kat situ masa nak pergi flying fox aku pergi letak beg kecik aku yang ada dalam tu camera, hanset dan MP4 kat bagpack peserta yang aku tak ingat siapa dia. Memang nanar kejap cari tak jumpa, lastly baru jumpa kalau tak, tak tahulah cane. Hari second ada survival dan pekanama tah aktiviti aku tak ikut pasal kaki masih sakit so duduk je kat camp site sambil tolong budak- budak catering masak. Sebelum bebudak meneruskan ekspidisi aku borak- borak dengan guide sorang ni nama Ahmad. Umur baru 21 anak tuan chalet kat situ lah. Dia tanya aku tak join ke. Aku cakapla tak sebab sakit bla bla. Then dia kata hurm memang sakit pun sambil tengok muka aku dia kata, tengok mata nampak lain je memang sakit. Ceittt,, saja je nak harmless flirt dengan aku. Haih, sengih badak jelah aku yang mendengarnya.







flying fox, ouh aku pejam mata masa naik ni takut jatuh,heee



kanak- kanak ribena melompat di pagi hari




malam last hujan so tent kat bawah masuk air, maka mereka merempat di depan chalet. Tengok Dieba siap ada blanket lagi tuh






Berkenaan tajuk post mesti korang tertanya- tanya apa yang maut. Jawapannya bracelet aku maut dan hilang tanpa jejak masa aku main air kalahkan badak berkubang masa explore river. Tsk tsk :'(

Siapa nak beli ganti sila bagitahu aku dengan segera. Okay, aku dah ngantuk. Tidur dulu. Papai. Salam.





SoSaying: Kali ni gambar aku tak ada sangat. Kalau nak tengok kat facebook banyak. Sebelum tidur mari kita beristighfar astaghfirullahal azim... :)






10 mereka kata:

nawal said...

sy penah skali je gi kamping.. itu pon x best..


tringin sgt nk pegi camping..

little lady~ said...

tape cik nawal nnti da belajar osea nanti mesti boleh pegi kemping lagi syiok punye tempat...


hehe :)

-hazen said...

hua!

mukhadimah dia memang buat gua panas hati. mentang2 gua duduk obesi, gua tak lupe lagi eh erti air terjun. cess tyrah.

btw, lelaki memang kuat. dan saya memang gantang, haha. suka ayat itu.

nice camping. teringat cmping kat rmc dulu-dulu. macam neraka dia punya rasa.

tinta sufi said...

hehe~

nice camping~

lagi nice sbb aq pun ade skx kat situ cik tyrah~;)

xpyah susah2 ucap tenkiu kat aq sebab tulun gosok kau malam 2,,hehe~
slamat je kau sakit skit jek,,, aq engat kau melalak sebab da kene rasuk da~ hik3

tp s0ry ek sbb xdpt nak tulun kau lelebih,, aq ade p0st m0tem time 2~huhu

da dpt taw sape "tinta sufi" nie???

little lady~ said...

~~~hazen~~~~


OMG,

lupe lah ade org obersi bace belog ni..hehehehe...xlupe eh?baguslh kalo xlupe..ape yang cess tu?


anda confem ke anda lelaki?hahaha


mcm mane ye rasenye agak- agak2?sy pun tertanye2 jugak ni :)

little lady~ said...

~~~tinta sufi~~~


OMG erah ke?sheeesshhh kau mmg bikin aku hot la..ak ingat stalker mane lah tinta sufi nih..haha

btw,,tenkiu la weh sbb realize ak duk melalak sbb kalo harapkn dua org 2 mmg tido kalahkan mati..haha



haih,,rasuk2 jgn sebut mau naik bulu roma aku ni!haha

tinta sufi said...

heheh~

saje nak bg mg hot skit

huhu...

2 la mg,, sape suh tid0 bawah kipas tuh? d0h la tempat 2 da sejuk, die pegi bertapa pl0k b0w0h kipas, meme menyet0k la,.,

tp serius aq engat mg da kene rasuk, sebab 2 set2 kd briged h0k laen takut nak g dkt mg,, aq pun takut ug0k mul02 tp engat k0 mg nie saim aq, aq g ug0k,, y0la, mau xtakut, dengan badan berbalut ngan kain smayang cam 2, da macam mumia aq kelih,,hik3~
tp tempat blakang dewan 2 meme agak keras ug0k,,, p0k cik renjer h0k xbrape n0k semat 2 la oyak~
aq xtaw~

o0h, lupe n0k tanye,,,
kaki mg ok d0h k0w?

Toneless Tune said...

tade la kalo tido bwh kipas nnti nyamuk lari..hehe,,,agpom kipas 2 nmber satu je,,hekhekhek



apela,,mane ade..alhmdulillah..tp myb kene ggu sket kot sbb pggg aku lebam do,,skt smpai skang..ngee:0
sejuk en,,dh la kaen smyg sape ak tibai,,,



kt mane 2?renjer namo gapo oyap?


ok dh kaki ak...tp balik ghumoh ak keno tndih..huhu...nyakite hk 2 sajo..

wala' said...

erk??
tajuk memang gempak...

little lady~ said...

saje je nak bikin trick incik wala'..


hehehe :)