Sunday, April 4, 2010

Kasmaran gelap hujan

Malam hujan. Tidak lebat, bukan juga setitis- setitis. Bulan malu lantaran sembunyi dibalik pekat awan. Awan yang mulanya menakung air lantas mencurahkannya dibumi yang tandus. Gersang. Setandus dan segersang tanah hati. Aku. Permukaan jiwa garing. Cuma hati yang masih belum menyambut hujan. Lantas, masih ia dahaga. Akan hujan.






Gelap. Seolah sebati dengan diri. Tidak usah ditanya mengapa. Dikala mendung menyapa, gelap itu ada untuk menyelimutkan aku. Gelap mendengar tangis aku. Menyimpan kemas rahsia dan titis hujan air mata di jiwaku yang galak disamping permukaan hati yang kemarau, garing dibaham mentari. Masih juga lagi. Aku selesa dalam dakapan gelap. Tenang, nyaman, lengang. Gelap, silah khalwat aku dengan kekasihku, TUHAN. Usah kau mengganggu.






AKU. Kasmaran. Dengan cinta manusia. Kau tahu banyak mana aku pasang alarm di pintu hati. Agar bila ada yang cuba menerobos, ia berbunyi dan beramaran. Biar aku berjaga- jaga dengan pelbagai kemungkinan. Agar bisa aku intai di sebalik jendela siapa pencuri yang bisa menerobos. Kerana mungkin jika diizinkan kunci yang dipegang diberi izin untuk dimasukkan. Dan mungkin juga kalau beruntung bisa dibuka, disaat alarm tidak lagi berbunyi. Dan aku menunggu didalam dengan senyuman. Meraikan kejayaan, kunci yang kau masukkan. Bukan jaminan emas yang aku berikan tapi kasih sayang yang berpanjangan.






KAU. Pencuri yang berjaya. Membekukan alarm, melekakan mataku di jendela. Memberi irama pada gendang hati yang bertalu. Kau jumpa kunci itu dimana. Kau cuba, kau buka dan berjaya. Kau lihat aku senyum panjang pada kau yang aku kira pemenang. Bukan aku yang memberi kunci itu tapi kau yang cari, usaha, dan cuba. Senyuman tahniahku kau balas dengan senyum puas.





Sebentra cuma, kau gegas keluar bersama kunci dan pintu yang terbuka. Kau tahu, aku masih menunggu. Pintu masih lagi terbuka, tidak dapat aku menutupnya. Kunci hanya pada kau seorang. Mereka diluar melihat ak termangu, menunggu. Tangan dihulur, tidak dapat digapai.






Jika kau tidak mahu tinggal di dalam bersama aku, kembalilah. Pulangkan kunci. Biar aku simpan jadi kenangan. Dan pintu aku, akanku tukar kunci mangga segala bagai. Mungkin penantian tidak berguna. Lihat saja siapa yang berjaya dan ingin menghuni. Bersama aku. Jika ditanya, ya. Kau pencuri kejam yang hanya ingin mencuba membuka pintu yang katanya susah dibuka. Hanya ingin mencuba. Mungkin belum sampai waktunya.







Aku sakit,

04/04/2010
1.45 am















7 mereka kata:

-hazen said...

pencuri itu juga mungkin belum bersedia.

untuk tinggal bersama..

little lady~ said...

kalau bgitu pulangkan kuncinya...

tinta sufi said...

hidup ini susah dijangkakan,,, biarkanlah pencuri tu pegang dulu kunci itu~ mungkin ade sebab mengapa pencuri tu tergesa2 meninggalkan pintu yang sudah berjaya dibukanya~
sabar ukhtiku~:)

little lady~ said...

hurm,,cuba untuk bersabar dgn pencuri yg kejam :'(

nawal said...

cik tira, best sgt susunan ayat nih.. very nice one..

zul_akhyar said...

sedap ayat..
pintu itu pintumu, dan pintu milik-Nya..manusia datang dan pergi..
tutuplah pintu, usah tunggu,tukar mangga, usah manja..
jika dia nak,dia akan datang lagi dengan diri yang lebih baik,jika dia layak untukmu..

[alah,kalo btl jatuh hati pon,bkn Allah nk seksa kita,nak uji sebenarnya,sabar je,paling tidak]

little lady~ said...

~~~cik nawal~~~

nice primary cik nawal..hehe :)

tengs 4 da compliment...

xsehebat cik doketor nawal.. :)



~~~zul akhyar~


mekasih,,sgt bermakna kata- kata anda..mendalam juga...syukran sekali lagi..


ye,,kmbalikn smuenye kepada Allah...:)