Monday, February 15, 2010

Warkah Seorang Banduan 2~~



Aku adalah ansarullah. Aku akan berjuang fisabilillah,’ Mujahid berseru dalam fuadnya.

Mujahid keluar dari kamarnya. Dia mendapatkan ibunya yang sedang membaca al-mathurat di ruang tamu rumahnya. Mujahid lantas bersuara.


“ Umi izinkan Mujahid pergi membawa membawa deen yang tergalas di bahu, Mujahid tahu sebesar mana pengorbanan Mujahdi jika tidak diiiringi restu umi, tiadalah keberuntungan bagi Mujahid. Restuilah umi Mujahid”


“Umi izinkan Mujahid pergi nak” Hajah Masyitah kepala anak lelaki yang teramat disayanginya itu.




****************************



Ketika angin berpuput lembut,matahari mula malu dan tersipu saat siang diselubungi malam, pacuan emat roda Mujahid menyusuri jalan pulang ke rumah. Keretanya diparkir bersebelahan Honda Chevrolet dan Avanza Abang Ngah dan Kak Tehnya yang pulang mungkin menjenguk umi. Mujahid memberi salam dan mengetuk pintu. Sebelum sempat salam kedua diucap dilihat wajah anggun Kak Tehnya yang berjilbab labuh tersenyum ke arahnya.



Mujahid menyalami tangan umi, Kak Teh dan suaminya serta Abang Ngah. Hanani, Fadzillah, Syahid, Solahuddin, Murni, Faqih pula mengucup tangan Mujahid. Mujahid tersenyum melihat anak-anak saudaranya berwajah bersih. Inilah anak-anak harapan agama. Mereka sungguh beruntung kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam atmosfera Islam yang subur. Setelah meminta izin daripada mereka semua, Mujahid mengunci dirinya dalam kamar. Dia ingin melepaskan lelahnya.



Sesudah menunaikan fardhu maghrib dan isyak Mujahid melepaskan lelah tubuhnya di atas katil. Terbayang di visual mindanya bagaimana pihak polis memegang perisai dan menghalang perjalanan mereka. Gas pemedih mata disembur dan air pancuran bomba menghujani mereka, sehinggalah mereka sampai ke Istana Putih untuk menyerahkan memorandum. Beberapa orang rakan Pak Lang ditahan polis atas tuduhan merancang rusuhan dan mengganggu ketenteraman awam. Mujahid terkenangkan dirinya mungkin menerima nasib yang sama sebagaimana rakan-rakan Pak Langnya. Visualnya kabur, mindanya pasif lalu matanya yang celik terpejam.



Mujahid berlari mengejar bayang abinya. Abinya yang sudah lama meninggal dunia.

Lima tahun dahulu abinya Haji Syed yusof seorang aktivis Islam yang begitu aktif berdakwah,lantang menggulung hujah perdebatan, meninggal dunia disamping lima anaknya yang lain,Syed Mukhlis, Syed Muhsin, Syarifah Athirah, Syarifah Asiah dan yang bongsu Syed Mustaqim tanpa dirinya kerana pada masa itu Mujahid berada di bumi Anbiya’, Mesir menghirup barang seteguk ilmu di bumi anbiya’ itu. Ayahnya sentiasa agar selagi nyawa dikandung jasad peliharalah Islam, tegakkanlah deen yang satu walau denga apa cara sekalipun walau landasannya payah, walau jalannya berliku-liku. Noktah.



Mujahid terus mengejar abi. Tanpa dia sedari dia berada di suatu tempat yang tidak dia ketahui. Alam lain yang dijejaki kakinya penuh ketenangan. Bayangan ayahnya tiada lagi. Mujahi terpinga,tanpa dia sedari tangannya dibimbing seorang wanita cantik. Mujahid tidak tahu siapa dia. Mujahid hanya melangkah. Suatu tempat yang warnanya tiada yang lain selain warna putih

Abinya muncul denga senyuman manis bergula dan mesra.



“Anakku Mujahid, landasan yang kamu pilih adalah landasan yang benar, teruskan nak… Walau terpaksa menyusuli pemergian abi anakku. Jadilah mujahidin fisabillah” abinya bersuara. Bayangannya semakin melupus. Kosong.



Abi! Abi! Kedengaran jelas suara Mujahid memanggil abinya. Dia tersentak. Lantas matanya yang dikejip rapat dibuka seluasnya. Mujahid keliru di tembok konkrit da abstrak. Lama dia termenung mengingati intisari igauannya. Dia beristighfar dalam hti. Mujahid berdiri lalu menuju ke kamar mandi membasahi anggota wudhu’. Dia berasa damai. Jam tangan dikerling sekilas. 3.30 pagi!

Ketika malam menginjak subuh, alam meyaksikan Mujahid berkhalwat dengan Ilahi. Bersujud, bertahajud dan menitiskan air mata. Solat hajat ditunaikan. 12 rakaat meminta dibri petunjuk dari Khaliq. Saat mutiara jerniah dari tubir mata membasahi alis Mujahid menadah tangan mengadu pada Yang Satu.



Sekali lagi Mujahid mengampu tubuhnya untuk berdiri. Dia bersolat sunat taubat. Penuh keasyikan dan rendah diri seorang hamba yang kerdil menghadap Tuannya. Mujahid hayati itu.

Ketika rukuk pada rakaat kedua, ketukan pada pintu utama rumahnya semakin menggegar,mengejutkan lena mujhadah seisi rumah. Mujahid tetap meneruskan solat.



Senyap



Pintu bilik mujahid diketuk kuat. Kedengaran beberapa suara asing menyapa telinganya. Dumm! Pintu bilik mujahid dipecahkan. Lampu dibuka. Kelihatan seorang pemuda sedang khayal di atas sejadah berada dalam dunianya sendiri.



Assalamualaikum warahmatullah. Kepalanya ditoleh ke kanan


Assalamualaikum warahmatullah. Kepalanya ditoleh ke kiri.



Belum sempat tangan meraup ke muka,tubuh Mujahdi ditarik kasar. Sejadahnya yang basah dek airmata dipijak. Hati Mujahid bergolak hebat saat umi meraung sayu. Mujahid kelu. Umi cuba menghalang saat tangan Mujahid digari dan diheret kasar menuju ke pintu. Abang Ngah dan suami Kak Teh, Abang Arman cuba menghalang. Sesaat, perut mereka kasar ditumbuk. Dalam kekalutan anak-anak buahnya yang menangis kuat cuba ditenangkan oleh Kak Ngah dan Kak Teh. Namun tangisan mereka makin kuat apabila melihat bapa mereka ditumbuk sedemikian rupa barangkali. Tangan uminya utuh di tangan Mujahid. Namun seketika, apabila tubuh tua itu ditolak kasar. Gedebuk! Uminya jatuh terduduk. Kakak berdua lantas mendapatkan umi dan mereka menangis berpelukan.



Dalam kesamaran kebus menjengah pagi yang hening itu, seluruh keluarga Hajah Masyitah menyaksikan Mujahid dibawa pergi dengan trak polis yang berwarna hijau tua. Dan tangisan pilu Hajah Masyitah berlagu bersama alunan azan subuh yang mula kedengaran.




*********************




Sudah genap seminggu Mujahid berada di sel tahanan ASI. Ruang sel yang sempit dan gelap direnung. Mujahid menjamah matanya yang lebam. Mujahid masih ingat pada hari kedua dia disitu, dia ditumbuk sekuat hati oleh salah seorang daripada mereka kerana dia mahu mengambil wudhu’ untuk bersolat malam menghadap Ilahi. Masih terasa dingin ketulan ais yang besar dimana dia dibaringkan. Mujahid dibogelkan dan dipaksa berbaring di atas ketulan ais itu pada jam 12 malam sehinggalah 7.00 pagi keesokan harinya. Allah sahaja tahu betapa Mujahid sakit,terasa kesejukan ais itu bagai menyengat keseluruh tubuhnya. Bibirnya biru. Tidak dilupakan nasi dan telur tawar basi yang selalu menjadi santapan Mujahid setiap hari.Mujahid redha. Kata-kata abinya terpahat di hati. Dia akan terus teguh.

Semalam, umi, abang long, dan Aisyah datang menjenguk dirinya. Mujahid tidak dapat melupakan airmata Aisyah tidak henti-henti tumpah. Mujahid tidak tahu kenapa. Mujahid hanya melihat,jika bisa diseka airmata itu…ah. Dia kelu untuk berkata. Dua wanita kesayangannya menangis dihadapannya. Umi dan Aisyah. Setelah mereka pulang empangan airmatanya pula tumpah. Mengenangkan kewalahan hati dan kemalangan yang berlaku dalam hidupnya. Untuk kesekian kalinya Mujahid pasrah. Inilah harga yang perlu dibayar untuk menegakkan sebuah syiar Islam.



Malam itu, mujahid berteleku di atas sejadah. Malam itu Mujahid bertahajud lagi menghadap Ilahi. Merasakan panggilan Ilahi semakin menghampiri. Sudah tiga kali Mujahid mengalami mimpi yang sama.Dia mengikut ayahnya ke satu tempat yang tidak dia ketahui. Dia dan ayahnya dibaluti pakaian yang sama, jubah dan serban putih. Sungguh damai saat itu Mujahid rasakan. Mujahid qiam lagi,niat sunat taubat dilafazkan. Takbir diangkat. Tiba disujud terakhir Mujahid melihat bayangan ayahnya datang menggamitnya pergi. Nafas Mujahid sesak. Lailaha illallah Muhammad rasullullah. Senyap.



Pagi jumaat yang mendung,umi bersarapan bersama anak-anaknya yang lain. Aisyah juga ada bersama. Semalam mereka mengadakan majlis solat hajat untuk Mujahid supaya dipeliharakan Allah sentiasa dan dikurniakan sebaik-baik natijah. Senyum mereka tawar sekali terutamanya umi, memikirkan teruna kesayangannya. Seusai Abang Ngah mengaminkan doa selepas makan,pintu utama mereka diketuk. Umi berura-ura untuk berdiri.



“ Umi duduklah, biar Ngah yang tengokkan siapa” Abang Ngah berkata. Umi duduk semula. Langkah diatur pantas. Pintu dibuka.



“ Ngah, siapa?” Tanya umi. Tiada jawapan.





bersambung...

6 mereka kata:

shameel Iskandar said...

salam. Menarik ceriter ni. TTg perjunagan rakyat palaestin.Anda ni penulis ke

SADIS said...

komen diatas sudah menjawab segalanya.

=]

bahasa tinggi2, hebat.

little lady~ said...

~~ Shameel Iskandar~~

Wsalam. Terima kasih. Saya bukan penulis tapi suka menulis. Kalau anda perhatikan betul2 bukan menceritakan ttg Palestin,,


terima kasih kerana sudi membaca..

little lady~ said...

~~Shafeq~~


Biasa saje


~~kerana saya tahu anda lagi hebat dari saya:)

SADIS said...

kamu merendah diri.

little lady~ said...

saya cume berkata benar syafiq...
:)