Friday, February 26, 2010

sollu alannabi

Bismillahirrahmanirrahim,,


Alhamdulillah, itu adalah perkataan paling tepat dengan nikmat sihat yang aku kembali dapat hari ini. Ahhhh,,lega. Tahu kan betapa leganya aku? Tidak lagi dibelenggu oleh ubat yang pahit, kepala yang pusing dan berat dan segala macam lagi. Sebenarnya tak baik merungut. Heeee:)
Sebelum ni ada jugak aku online dan memang hajatnya nak post blog tapi tekan je button new post kawan- kawankuh buzz pulak. Sokeylah. Boleh jugak melepaskan kerinduan. Hurm,,aku ada baca blog seorang rakan ni. Rakan di mahad jugak. Aku rasa tersentuh sangat dan terharu baca blog dia. Tulisannya tulus. Bercerita tentang ibu. Hurm, terasa diri ini sangat banyak dosa dengan umi yang saban hari mencurahkan bakti dan jasa tanpa penat lelah. Sudahlah begitu setiap kemahuan kita dituruti tanpa banyak soal.



Firman Allah s.w.t yang bermaksud : ''Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) terhadap ibu bapa. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam tempoh dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu, dan kepada-Ku jua kamu kembali.''-Surah Lukman ayat 14.



Cakap tentang ibu ni aku teringat lagi masa aku kecil dulu kan aku selalu menangis kalau tak dapat tidur dengan umi. Betul, tak tipu. Memang menangis. Dan masa tu aku akan terfikir macam manalah nanti kalau kau dah besar tak boleh tidur dengan umi lagi dah. Mesti sedih sangat- sangat an? Aku siap kira dah berapa malam aku tak tidur dengan umi den aku nangis ah lepas tu. Sadis kan? Erkkk. Haha.


ini aku semasa kecil sedang tidur,cumil kan?hehe:)


Sebelum aku berceloteh lebih panjang(bajet panjang) marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sempena Maulid Nabi 12 Rabiulawwal 1431 Hijrah. Semoga kita sama- sama mengikhlaskan hati untuk merindui Rasul yang membawa Islam sehingga ke hari ini kita masih lagi dapat mengecap nikmat Islam itu. Say alhamdulillah thank you Allah:0


Dua tiga hari bersempena maulid ni kan ada satu iklan kat TV3 kan lawak sangat aku tengok, fun tapi dalam masa yang sama memang bagus dan educated. Rozita Che Wan yang berlakon jadi ibu tu elok je pakai tudung walaupun nampak rambut. Huahua. Antara sunnah nabi yang sunat kita amalkan berdasarkan iklan sebabak tu ialah:



-Sebelum makan eloklah kita jamah buah- buahan dulu. Supaya nanti kita makan tak terlalu banyak.


-Makan sebelum berdoa,eh silap. Berdoa sebelum makan. Sila jangan amalkan makan sebelum berdoa. Tak baik. Diulangi tak baik. Nanti syaitan makan sekali dengan kamu.



Den lepas tu Azli Senario tu ninja burp mengalahkan gajah mengaum tapi nak tambah lagi. Anak dia pun tegur kata :



"Apalahh ayah ni. Ustazah Aiman kata makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. "



Ini antara yang diajar oleh Nabi kita. Kalau kita ikut semua ni tak de nye melayang duit pergi gym ke ape. Ikut je diet Rasulullah kan senang? Kan? Antara diet yang seharus dan semestinya kita ikut adalah:

JANGAN:

- Jangan minum SUSU bersama DAGING
- Jangan makan DAGING bersama IKAN
- Jangan makan IKAN bersama SUSU
- Jangan makan AYAM bersama SUSU
- Jangan makan IKAN bersama TELUR
- Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
- Jangan makan SUSU bersama CUKA
- Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL



Kalau kita ikut ni confirm tak ada kes cerah perut ke perut memulas punya. Satu lagi jangan pulak kita barua pergi ikut orang barat kata makan hati dan pedal itu baik untuk penyakit ape entah aku pun tak ingat dah Biology tahun lepas. Tapi yang pastinya kalau tengok schedule untuk chapter nutrition setiap penyakit, eh bukan mostly la mesti kalau nak cure kena makan hati dengan pedal. Mereka ni memang nak dajalkan umat Islam so kita jangan makan okay? Kalu kat negara mereka benda alah tu free je sebab tak ada orang nak beli. Tapi kalau kat Malaysia hawtnya mengalahkan pisang goreng panas di musim tengkujuh kan?


pisang goreng hot

Okaylah aku pun malas nak merapu banyak sangat. Nanti datang balik demam. Huhu. Aku cadang aku nak letak cerpen aku tajuk dia "Di Perhentian Itu" kat blog ni. Tapi cerita tu tak adalah aku bawa mesej yang besar macam Warkah Seorang Banduan tu. So guys, what do you think?


SoSaying:Yang ustazah Aiman tu bukan ustazah tu nama Aiman tapi ustazah kepada Aiman. Harap maklum.:)




0 mereka kata: