Sunday, February 28, 2010

Ketika Cinta Bertasbih

AMARAN! Post ini panjang,sila berhenti jika tidak mahu teruskan.



Salam semua,,




hari ini hari yang penat. Long journey to remember. Ehem,sebenarnya banyak sangat aku nak cerita tapi tak ada mo0dlah. Ehm,tapi akutabahkanlah hati untuk menulis. Mungkin lepas ni mod aku pulih. Kot. Hari ni tanggal 28 February, aku dengan umi menghadiri Majlis Perkahwinan Cikgu Aimi. My very cute physics teacher. Memang cikgu Aimi tak mengajar aku tapi aku pun tak tau macam mana aku boleh rapat dengan dia, maybe sebab dia cute dan cun melecun. Mungkin juga kau mahu badi cun dia tu melekat kat aku supaya aku jadi cun macam dia atau sekurang- kurangnya lebih cun daripada dia. Pergh, sudahlah. Mengarut. Haha. Supaya otak physics dia mengalir ke setiap rongga dan salur darahku sebenarnya. Itu niatku. Haha,jangan marah.


Masa mula- mula sampai aku dan umi disambut oleh si gantang berbaju warna gold. Sekali tengok nampak macam pelayan je. Bukan maksud aku sebab dia sambut tetamu kan, bukannya kata apa. Tapi pelayan high class la. Bahah:) Hensem jugak eh pelayan nih. Masuk dalam tent nampak ah cikgu Aimi lawa sangat pakai baju pengantin. Tapi sorry tak adalah pulak gambar cikgu pakai wedding dress. Sebab masa tu aku tak teringatkan camera. Tak sabar mahu bersantap. Kihkih. Dah tu pulak ku bersantap di meja VIP. Semeja dengan datuk datin pulak. Sebelah meja tu YB Anuar Tan.




makan dulu,,ayam adakah animalian?



Dah siap bersantap tu aku naiklah pulak rumah cikgu Aimi then tengok bilik pengantin yang cun macam tuan dia jugak. Tema putih merah. Agak- agak umur aku dah nak jejak 18 tahun ni kan mesti la dah banyak kenduri kahwin aku gi kan, but this is the first time aku berkenan dengan katil, bilik, dan hantaran. Simple, elegant and classy the most important is masih lagi ikut trend muda mudi terkini. Here some of the dulang hantaran. Sangat gojes. Okay, say subhanallah. Hebatnya Tuhan memberi idea kepada orang yang gubah hantaran tuh kan?




















Masa kat sana terjumpalah rakan se-sekolah. Tehee:) So sesiapa schoolmates aku yang nak kenal hubby cikgu tengoklah gambar- gambar kat bawah tu.


Kalau bukan schoolmates? Alah,,scroll down je. Tak kisah pun. Heeee:) Masa aku siap snap tu aku cakap "cikgu gambar cikgu saya nak masukkan dalam blog saya," Cikgu Aimi terus meluru datang kat aku kata:



"Eh, eh bak sini nak tengok gambar cikgu lawa ke tak. Jadi ke tak tudung saya ni? Cantik dah ke,?"


Amboi ha, gelak sakan aku. Cikgu, cikgu. Okaylah kita tutup cerita Ketika Cinta Bertasbih Cikgu Aimi, kita buka pula Ketika Cinta Bertasbih karangan Kang Abik ataupu Habiburrahman el- Sherazy. Malam 1 Mac diadakan Tayangan Perdana Ketika Bertasbih dekat Balai Islam,Lundang, Kelantan. Kenal ke? Abaikan. Siapa yang dah tengok cerita ni sila angkat tangan? Best kan?









Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah program YB Baihaqi, then diikuti pula dengan pensyarah filem ataupun penganalisis filem Universiti Malaya Profesor Madya Abu Hasan Abdullah. Antara yang menarik perhatian aku dalam ucapan beliau ialah beliau mengatakan bahawa sinema ini terdapat tiga jenis.

Yang pertama: sinema Hollywood, bollywood

Yang kedua :sinema yang disinemakan oleh negara- negara membangun contohnya memaparkan kesusahan rakyat etc.


Yang ketiga: aku tak ingatla, ini tandanya otak berkarat tak larat


Yang keempat dan tidak diwujudkan: sinema islami,totally islam



Dan untuk membuat satu filem yang Islami ini bukan mudah. Ia harus disertai dengan tiga aspek iaitu:



-Bentuk



-Kandungan



-Aktual




Dari segi bentuk mungkin watak- watak dia bertudung dan bersongkok hitam kalah YB pergi kenduri.
Kandungan dia pula mungkin emak dia menyuruh anak dia pergi solat subuh kat masjid kalau tak, tak dapat kahwin atau dalam movie dia selalu tunjuk gambar si ibu ni sembahyang tut tut dah berdoa, standard filem melayu kan? Memang layu. Dan aktual pula bagaimana watak itu sebenar di luar cerita. Adakah semasa dia menjalankan penggambaran filem islami tu dia berhenti ke tak masa solat, solat ke tak, ikhtilat ke tidak, dan sebagainya mestilah berlandaskan Islam. Kalau pelakon tu kat luar betul ke pakai tudung. Kalau cukup ketiga aspek ini barulah boleh dipanggil filem Islami. Itu pensyarah filem yang kata bukan aku okay.



"Maafkan saya jika berkasar, namun yang diangkat oleh filem- filem Malaysia adalah kejahilan dan puak yang rosak." Itulah lebih kurang ayat dia aku tak ingat sangat.


Yang selebihnya fikirlah sendiri. Comment aku tentang cerita ni adalah sangat cun sebab Khaerul Azam sangat hensem, eh bukan sangat soleh dan manis bertahi lalat di atas bibir. Hehe. Korang kena tengok sendirilah baru ada feel, sebuah filem yang mengasyikkan namun tidak pernah lari daripada syarak. Umi menangis tengok cita tu, tapi aku keras je. Bukan tak terasa nilai cinta dan zat Allah namun, entah. Kadangkala persoalan hati dan perasaan tidak boleh dipersoalkan kerana belum tentu ada jawapan yang pasti.


Yang pasti aku sangat kagum dengan perjalanan cerita yang sangat menarik dan indah. Maha Subi Allah yang mengilhamkan manusia. Terasa ingin dipetik kumbang sehebat azam namun tidak usah berangan jiwa diri tidak sesiqoh Anna Alfathunnisa'. Namun, cita- cita itu tetap ada dan aku merasakan semua yang menyaksikannya merasakan perkara yang sama. Bila keluar je dari Balai Islam pandang ke tepi. Hambar. Tiada wajah sesuci Azzam disitu. Belum masanya. :)







Prof Madya Abu Hasan


timbalan menteri besar Kelantan



muslimin





sesudah tayangan






SoSaying: Terima kasih kerana mengingatkan aku yang sentiasa lupa,terima kasih. Malam- malam begini terasa...ingin kembali ke dakapan Ilahi...ZZZZZZ





8 mereka kata:

Unknown said...

orang kate,

novel kcb lagi best.

terjumpa sajak dalam nover kcb dalam satu blog, pergh.

naik bulu roma kalau bace.huhu

Anonymous said...

cool!!!!

little lady~ said...

Sadis~

belum bace lgi kcb tapi akan dibace soon..hehe~


wah,,naik bulu roma tu..:)

little lady~ said...

Anon~

ape yg c0ol?

nawal said...

da tgk ke movie die??

best x?

little lady~ said...

da tgk ah nawal,,2 thums up pye..ehehehe

Faiz Faiza said...

Alhamdulillah, akak dh khatam novel2 ni semua sebelum difilemkan.

Tertunggu2, bila masanya & siapa yg mahu mengangkat naskah novel2 Malaysia menjadi filem. Banyak naskah yang bagus2 utk difilemkan. Soalnya siapa? Yang selalu difikirkan UNTUNG. Ya, memanglah bisnes perlu untung. tapi, untung sahaja yang perlu difikir?-teremosi la pulak =))

little lady~ said...

ye ke?Bestnye,,belum lagi khatam tp filem dye dh khatamla..hehe:)

Betul jugak,,akak suka cerita apa n penulis mana?mgkin cdgn akak utk difilemkan? Kita jadi pelako,,amacam? Saya sokong pendapat akak :)