Friday, December 26, 2008

sebuah rasa hati

Ini adalah catatan jiwa dan ditulis dengan bahasa jiwa. Jiwa yang dalam

meleraikan beribu kekusutan. Kuambil pena lantas dan aku disini menarikan

pena melakar kertas putih. Malam yang dingin membuat aku khali lagi. Aku

dialam ini lagi membuai perasan sepi.

Alam yangku kira alam ciptaanku sendiri. Alam yang didalamnya penghuninya

hanya aku seorang. Mungkin ada insan lain tetapi aku tidak tahu dimana

mereka, yangku pasti mereka juga sepertiku bergalur ilusi mengejar bayang

memori.

Ketika embun jantan mula membeku

Disaat ini aku cuba menyedari

Hakikat realiti tanpa imaginasi dan fantasi

Aku cuma menghayati

Hidup ini bukanlah pentas sandiwara

Yang bergelung kisah suka

Hidup ini juga bukanlah jua tarian pena diatas kertas

Yang menari mengikut laguan hati

Hidup ini adalah sebuah percaturan

Hidup ini adalah sebuah perjudian

Selangkah mara kakiku ini

Beribu realiti menghimpit diri

Terkadang mengasak kolong atmaku yang kegersangan

Mengapa aku katakan hidup ini adalah percaturan? Kerana yang kalah akan

tersingkir dan yang menang akan terus berdiri dan mara lagi.

Mengapa aku katakan hidup ini adalah sebuah perjudian? Kerana yang kalah

tetap kalah dan yang menang tetap menang.


Tekadang hakikat kehidupan terlalu pahit memaksa kita menerima tanpa rela.

Hidup ini juga kadangkala terlalu kejam. Menghempas tanpa mengira bila.

Kejamkah kehidupan yang memaksa kita berhadapan dengan seribu duka?

Aku tidak mahu menjawabnya bimbang dikatakan kufur nikmat.

Wahai jiwa

Aku mencari arah

Dipadang pasir yang luas

Tidakku tahu hujung pangkal

Memori yang bergentayangan

Kukejar dan kuhambat

Apakah aku akan mati kekeringan

Menunggu kehujanan?


Kalamku adalah kalam yang memohon beribu pengertian agar dapat menjentik

perasaan, jiwa, dan sukma yang kegaringan. Realiti disekitarku seorang lelaki

yang kukira mapan menongkah arus kehidupan menggapai impian dipuncak

awan. Nyawa dikekang demi mencapai sebuah misi kehidupan.
Mendapat

kekuatan dari seorang wanita yang pernah menghuni hati dan perasaan.

Lantas dalam kedukaan bersalut keperitan

dia menggenggam sebuah kejayaan hasil

berjuta kepayahan.

Walau sekadar kalam aku tersedar dari lenaku yang panjang

cubaku memahami realiti kehidupan erti kekelutan dan keresahan yang

bersarang di dasar perjalanan ini.


Jika kau punya kuasa

Inginku menyelak tabir mentari

Yng melatari pagi

Supaya aku lena diulit ilusi


Jika aku punya kuasa

Inginku mengoyak

Helaian malam

Yang melindungi lazuardi

Keranaku ingin berteman

Dengan sang pipit yang menyanyi girang


Tapi aku adalah aku

Insan kerdil yang terpuruk

Di lembah derita

Inginku robohkan arca hati

Yang agam terpateri

Di tembok hati yang dasarnya jarangku selami


Aku adalah aku

Aku terus menanti

Seperti pungguk rindukan bulan

Menunggu kabus berarak pergi

Membiarkan lembah ini

Disinari cahaya metah

Mengusir sepi yang mengulit jiwa.


Aku adalah aku

Wahai alam!

Sampai bilakah aku harus menjadi aku?


Seringkali kau menyanyikan bait puisi itu berteman sendu.

Wahai alam dan penghuninya!

Aku juga manusia, naburiku merah juga andai ditusuk berdarahlah ia,

andai terluka berparutlah ia.

Aku bukan penyair yang melagukan puisi,

aku bukan pelakon yang mementaskan sandiwara

dan aku bukan pelukis yang melukis potret mayapada.

Aku adalah aku.

Aku manusia juga.

Punya hati dan perasaan,

yang sering kegundahan dan terluka.


Kata alam

“ Jika kamu mahu hidup diatasku, kamu harus bersabar. Jika kamu mahu raih

impian yang sederhana kamu tidak perlu berbuat banyak. Jika kamu mahu

mencapai impian yang besar kamu harus berjuang.

Jika kamu mahu dunia menerimamu

maka kamu harus menjadi luar biasa dan berbeza.”

Kata-kata yang kupetik dari lelaki yang

kukisahkan sebelum ini kujadikan azimat dan tangkal

yang memantera hatiku dan mambujuk jiwaku ini.

Aku ingin jadi seperti dia yang menyelongkar

segenap penjuru hati, dan perasaan,

memahami sebenar-benarnya dan mengerti segalanya tentang kehidupan meraih

meraih sebetul-betulnya kejayaan.

Ya! Aku ingin menjadi seperti dia.

Melihat dunia ini dengan berbeza dan berwarna ceria.

Tabah menghadapi hujan

ditengah hari dan terus berdiri walau denga sebelah kaki.

Tidak pernah menyerah kalah pada perjudian hidup.

Tidak pernah menangisi kekecewaan yang mendatang.


Kubermohon pada khaliq agar diberi kekuatan walau hayatku

dihujung kerongkong. Izinkan aku tuhan, izinkan aku.


Aku dibelai angin sore

Menyegarkan tubuh mulusku

Aku mensyukuri nikmat khaliq

Kerana aku dilahirkan sebagai khalifah

Di alam maya ini walau pun seketika


Namun seringkali

Badai ombak menghempas

Ketenanganku …

Aku berharap aku akan kekal

Menjadi khalifah

Yang terus berdiri

Berpasakkan iman dan taqwa

Difuadku…


Noktah.





2 mereka kata:

A. Ubaidillah Alias said...

Panjang catatan ini, ayatnya bagus namun masih boleh diperindahkan. Usahalah belajar meluah dengan ayat yang gramatis.

Apapun tahniah, teruskan menulis.

little lady~ said...

oh ye...
inspirasi dr novel ust 2...
kagum dgn watak amir...
kisah ust kah?
sy ucapkan tahniah kpd ust jika bgitu...
srg lelaki yg bnr2 tabah2 mgharungi hidup..
ya akan sy usahakan...
insyaAllah...

terima kasih daun keladi..
lain kali singgah lagi..