Tuesday, December 9, 2008

rasa hati





Aku disini lagi menggarap sedikit rasa hati yang aku sendiri tidak tahu bila ia akan menemui ketenangan dan kedamaian abadi..
Wahai yang sudi dengarlah luahan hatiku ini.. tahun depan merupakan tahun yang amat jerih untuk aku lalui. Aku bakal menghadapi sebuah peperiksaan besar yang akan menentukan hidup aku..
Spm,aku tak tahu bagaimana nak menjelaskan perasaanku ingin menghadapi hari mendatang jika impian yang ku semai benihnya dan aku baja akhirnya hanya menjadi batang yang tidak berdaun apatah lagi menghasilkan buah..
Aku akan ditertawakan dunia..
Aku akan tewas jika begitu..
Kerana semua orang tahu impianku yang satu itu menjejakkan kakiku ini keluar Negara dan akan mengenggam segulung ijazah dalam bidang perubatan seperti yang selalu aku impikan..
Ya TUHAN kau perkenankanlah impianku yang satu ini..
Aku benar2 inginkannnya..
Sekarang ini hatiku tidak dimiliki sesiapa dan aku terasa bebas hidup begini tidak terbelenggu tidak merindu dan menyiksa perasaanku sendiri..
Tapi benarkah? Aku tidak ada jawapannya aku Cuma ingin tenang menjalani hidup ini dan mencapai setiap apa yang aku inginkan dan menjadi diriku sendiri..
Itu saja yang aku mahu sekarang ini..
Aku juga ingin diriku dekat dangan Tuhan..
Aku agak menemui ketenangan yang aku cari salama ini walau tidak sepenuhnya walau tidak aku tahu selama mana ia akan bertahan..
Aku terlalu berharap ketenangan itu akan terus disisiku dan mengekoriku.. biar aku sentiasa bahagia dan gembira..

Aku ingin menjadi diriku sendiri dengan corak dan acuanku sendiri yang aku akan pahat dan ukir namun tidak akan sesekali ianya akan lari jauh dari landasan hakiki
Biar aku bebas menjadi diri sendiri tanpa terikat dan tergugat dan aku mohon TUHAN berkati aku..
Dan aku teringin sekali merasa cinta dan kasih yang sebenarnya. Aku tidak akan mencari lagi dan aku akan pasrah menanti siapa dia untukku..



Aku tidak akan lagi mencari kerana bukan itu tujuan hidupku.. hidup ini terlalu singkat untuk dijalani tanpa kasih sayang tapi aku perlu terlebih dahulu mencari siapa sebenarnya aku sebelum aku mengenali dia yang untukku..
Aku tidak amahu lagi memberatkan kepalaku untuk memikirkan semua itu.
Fullstop.. aku membuat keputusan untuk aku memikirkan cita2 dan impianku serta membaiki diri sendiri..
Aku sentiasa ingat attoyyibin littoyyibat..
Almuhsinnin lilmuhsinat dan aku tidak akan hipokrit hanya menjadi diri sendiri.. aku barharap aku akan teguh memegang prInsipku ini.. sampai suatu masa yang aku tidak tahu bila..
Biarlah yang bakal menghuni hatiku nanti akan menjadi yang terakhir meski bukan yang pertama krana htiku pernah dimiliki..

3 mereka kata:

fafang said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kak ak oyap kam..mesti mu dapat A sokmo klau buat krgn..yo oyak ayat mu nulis sedap..=P

little lady~ said...

wess..
farah kak mu tgk gop ko blog ak?
astaga..
bakpo tgk owh?
blog 3 suku ni..po tue..hhuhu~
dop eh..
ak reti jiwo jah..
krgn bena ak xreti..