Kata ayah;
Hurm,kadang-kadang aku menyesal kahwin awal. Inilah padahnya kalau terlebih gatal. Mak kamu tu tergila- gilakan ayah sangat, oleh kerana ayah pun sayangkan mak kau tu maka ayah setuju untuk berkahwin dengan mak kau walau pada mulanya rancangan kami ditentang habis- habisan oleh keluarga kedua belah pihak. Nasib baiklah ada nenek kamu yang sangat memahami gelora perasaan orang muda macam ayah. Lalu akhirnya kami bersatu, majlis kami tak grand cuma akad nikah dan kenduri kesyukuran saja. Oleh kerana masa tu ayah baru sahaja beroleh result SPM dan tak bekerja lagi, buat sajalah yang termampu. Memang kami bahagia, ayah dengan mak kamu memang bahagia. Pada awal perkahwinan kami semuanya indah seolah- olah tidak berpijak di bumi yang nyata. Tapi macam tulah,kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari... Memang kadang-kadang ayah menyesal namun itulah ayah kena redha dengan qadha dan qadar Tuhan sekurang- kurangnya ayah sudah merasai pengalaman mendapat title ayah. Bahagia memang bahagia. Tapi ayah tetap nak mintak maaf pada kamu kerana tak dapat nak menyelamatkan hubungan ayah dan mak kamu.......
ikuti sambungan kisah ini di entry seterusnya . . . .terima kasih kerana sudi membaca:)
0 mereka kata:
Post a Comment