Wednesday, September 8, 2010

harapnya ia begitu





Orang kata kalau nak suruh orang suka tulisan kita tulislah dari hati barulah dapat menyentuh hati- hati orang lain juga. Mungkin betul, maka hari ini aku ingin menulis dari hati.




Dalam keadaan sekarang, apa yang aku lalui ni sekarang, di saat itu. Aku mengharapkan ia begini.




Kelihatan sebuah rumah kayu bercampur batu tersergam indah di tepi sawah di sebuah kampung nan indah. Rumah kayu dua tingkat itu kelihatann berseri, dicat baru sempena hari raya yang akan disambut oleh seluruh umat Islam dua hari lagi. Halaman rumah yang luas juga sudah bersih disapu, tiada lagi daun- daun kering yang sering berguguran dari pohon- pohon rendang saujana mata memandang. Batang- batang buluh tempat meletak pelita ada yang berdiri senget, ditiup angin mungkin. Di dapur, emak- emak seramai lebih sebelas orang termasuk nenek dan anak menantu sedang mengopek bawang merah putih, besar. Itu belum masuk anak- anak yang sedang meningkat dara yang turut belajar cara mengopek bawang merah dan menggontel almond london dan tart nenas sambil bergurau senda. Nenek dan emak- emak pula bergelak ketawa berkongsi rasa bagaimana mereka di zaman muda. Tidak dilupa nenek menurunkan resepi rendang tok tujuh keturunan kepada emak- emak. Bahagia.




Di suatu sudut, di anjung rumah. Ibu saudara tertua dalam keluarga mengajar juga anak- anak saudara membersihkan daun balas dan cara membuat ketupat palas. Di halaman berhampiran pelita buluh, di bawah sepohon pokok rendang Tok mengajar anak menantu dan cucu lelaki bagaimana caranya menjadi lelaki gentle, menghidupkan api hendak bakar lemang. Juga mengangkat kawah untuk memasak rendang tok dan dodol untuk keluarga besar mereka. Gelak ketawa mereka juga bersela berkongsi cerita. Sambil memerhati cucu-cucu berlari berkejaran di halaman bersama, sesekali bapa mereka melarang itu dan ini.



Di suatu sudut, beberapa orang anak kecil yang masih lagi di tahap dua sekolah rendah berbual sesama mereka.



Amira : Adila, baju raya kamu warna apa ya? Kite dah lupe la.

Adila : Kan kita dah kata baju raye kite warna pink la. Satu kelurga kita warna pink.

Adiba : Kenapa warna pink? Tahun lepas kita dah warna pink.

Adila : Yela, mana kite tahu. Dah mak kite yang pilih. Tapi kita gembira sangat pasal baju raye pakwe kite kan warna pink jugak. Mak dia beli warna pink juga. Same- same.

Amira : Waaa, Adila da ade pakwe? Hebatnye, kalau kita mak kite kate pakwe makwe tak baek nanti Tuhan campak masuk api neraka. Takutla kita.

Adila : Dia yang nakkan kita, dan dia yang kate kite makwe dia. Kita pun kate lah dia pakwe kita jugak.


" Adila, Amira, Adiba apa pakwe makwe ni? Tak baik taw, dah dah ye. Pergi tolong kakak- kakak kamu kemas rumah nanti dapat pahala. Bulan- bulan puase ni tolong orang Allah gandakan pahala kita. Pergi ya?" Kata Mak Su mereka, anak bongsu Tok dan Nek mereka sambil membetul- betulkan tudung labuh di kepala.



Berlari mereka ke ruang depan di tingkat atas rumah kayu dua tingkat itu. Kakak- kakak mereka ada yang mengemas rumah, mengisi biskut dalam balang, menukar langsir dan memanjat tangga juga membersihkan sawang. Meriah dengan pelbagai suara dan ragam.



Menjelang berbuka puasa, Tok turun ke bawah menyalakan pelita. Hidangan berbuka puasa dibahagi tiga, satu untuk kaum rijal satu untuk kaum nisa' dan satu lagi untuk kanak- kanak. Emak- emak kalut usah dikira, menghidangan lauk tergesa- gesa. Si abang pula membaca doa sesudah azan dilaungkan, kemudia suasana senyap seketika. Menikmati juadah terbuka. Selepas tok dan nek pulang dari berterawih, mereka duduk di tangga menyaksikan anak- anak cucu membakar bunga api, dan mercun berbagai- bagai. Sesekali terdengar suara emak emak di dapur melatah, terkejut dek mercun bola. Dan pagi raye pula, anak cucu beratur di ruang tamu, bersalam dan memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Beginilah hari raya dirai.



Ya, aku mengharapkan ia begini. Namun tak semua kita miliki, namun yang ada harus tetap disyukuri, bukan? Jadi bersyukurlah. Dan terlalu banyak lagi aku harapkan ia begini, namun masih juga begini. Biarkan saja.


Beraya enam hari sahaja kemudian harus kemas barang kembali pulang. Ke kampus. Hurm. Begitulah.


Jadi kepada semua yang mengenali diri ini, selamat hari raya maaf zahir batin aku ucapkan. Juga kepada semua kengkawan bloggers dan sesiapa sahaja yang terasa dengan setiap perlakuan aku, kususun sepuluh jari memohon maaf. Maafkan aku!





Sosaying : "Aku susun duapuluh jari termasuk jari kaki memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki." Ayat tipikal kad raya mase dedulu, rindu! ;)







0 mereka kata: