Thursday, February 18, 2010

Cinta sang pipit dan enggang



" Salahkah aku mencintaimu? Maafkan aku kerana aku terlanjur cinta,,ketahuilah aku terlalu mencintaimu..tidakku tahu bila ia berputik, tidak kusedar bila ia mekar yang ku tahu ia sudah mula harum dan subur di taman hatiku,,,Aku juga punya hati dan perasaan seperti kau juga,seperti yang yang lain juga. Ingin aku mencintai dan dicintai. Aku tahu perasaan itu indah dan halus, jika tidak masakan Shah Jahan membina Taj Mahal sebagai lambang kasihnya kepada Mumtaz. Jika tidak mana mungkin juga Romeo dan Juliet itu sanggup mengharungi kesusahan asalkan mereka dapat bersama." Kata pipit kepada enggang dengan airmata mula berlinang di pipi. Pipit menangis,terharu, sedih, bahagia, semuanya bercampur baur. Sementara itu di dalam hati pipit Two is better Than One mula berdendang hebat, sehebat gelora cinta pipit kepada enggan barangkali.


So maybe it's true i can't live without you
maybe two is better than one
But there' so much time to figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone


I remember every look upon your face
The way you roll your eyes, the way you taste
You make it hard for breathing
Cause when i close my eyes and drift away
I think of you and everything's ok
And now finally believing
Two is better than one


"Hai sang pipit bukan niatku untuk menolak hasrat hatimu, perasaan sucimu. Tapi pipit, kembalilah kepada sunah alam. Fikir- fikirkanlah pipit tak mungkin pipit dapat terbang dan berganding dengan enggang. Maafkan aku pipit, memang aku hargai perasaan kau terhadap aku tapi kita tidak ditakdirkan bersama. Sudah pasti aku inginkan enggang juga supaya dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan aku. Maafkan aku pipit. Maafkan aku." Kata sang enggang lalu terbang pergi meninggalkan pipit.


Dan pipit masih disitu. Melayan tangis yang kian membanjiri tubir mata. Pipit cuba menyedari hakikatnya memang begitu. Pipit tidak mungkin dapat bergandingan dengan enggang. Enggang yang lebih segalanya daripada pipit. Enggang yang gagah, enggang yang berkuasa. Dan enggang yang mencuri hati pipit juga.



Kehidupan memang macam tu,pipit dengan pipit dan enggang sama enggang. Namun lumrah kehidupan juga kadang- kadang "pipit" terjatuh cinta kepada "enggang". Ahh, biarkan dunia ini bersandiwara!








8 mereka kata:

Unknown said...

ah.

siyes terasa dengan post ini.

sekarang pipit cuba menerima hakikat.

Tuhan cipta pipit juga unutk dirinya,

bersabarlah.kan?

little lady~ said...

ye...

bak kate archie good things come to those who wait..

:)

khaulah said...

story sgt best..mmg terasa diri nih.. mmg syiok bace!!
huhu.. keep it up!

btw tq sudi singgah!!



:)

the sedo gang said...

oit!!!
mkin jiwng r ko niex~
ahakz>>>
kt nk g kls bi>>>
x muncul2 po0m...
ngeh3...

dakwahcaptor said...

adoii..tyrah sdey smcm jek bunyinye..
don't worry..zmn skrg ni..pipt pun ada je bergndingan dgrn enggang..bkn tu je..pipt dengan helang,merak,gagak pun ade...haha

little lady~ said...

~~nawal~~~

terima kasih:)
saje mengarut je nawal..


welcome~:)

little lady~ said...

~~~syak~~~~


ye ke mkin jiwang,,aku cuba kurangkan tahap jiwang aku ni..

syak,,aku nak g tapi mggu depan aku g insyaAllah,,hehehe

bek aku melayan jiwang tak larat kat umah bet jugak..

yg korang oun 1 de program smue bkn nk inform ak:'(

little lady~ said...

~~nabila~~~

bila mmg best punye
kasi tyrah smgt mantap pye,,
thumbs up utk bila..

syg bila!