Friday, January 29, 2010

sayang seribu kali sayang

Pejam celik pejam celik,celik lepas tu pejam dan celik lagi sekali pulak aku dah nak tinggalkan bandar warisan Unesco ni.. Bahah. Gaji aku pun dah masuk. Kiciwa betul tengok gaji aku tu. Huhuhu. Help me. Memang seronok duduk kat tempat orang. Kita belajar banyak benda, biasalah jauh daripada keluarga dan berstatus pekerja. Memang fun sangat kerja kat sini. Dapat kenal ramai orang, melayan customer yang pelbagai karenah kau cakap aku. Cina yang selalu susah nak puas hati dengan resit dia. Keling yang selalu mintak plastik bila hari isnin, selasa dan rabu menjelma. Indonesia yang selalu bagi duit singgit singgit fenim kepala aku nak kira dan seribu satu lagi ragam manusia yangku tak sangka akanku jumpa disini. It's one of my sweet and amazing experiences. Haha.

Antara benda yang menyebabkan aku sengih cam kerang busuk ialah ada seorang adik ni datang dengan mak dan abang- abang dia dua orang darjah enam dan tingkatan dua (aku agak jelah) cakap


" Mak, kakak ni cantikla"


Then aku pun sengihla. Kalut wa cakap lu tengah scan barang, nak kena jaga scan rate,kalau tak capai target nanti kena bambu dengan manager pulak. Aku pun cakap la kat dia


"Adik pun cantik jugak."


Woh, tak sangka pulak dia excited gila pergi kat mak dia kata



"Mak, kakak cantik tu cakap adik cantik"



Bahahahahahaha.

Okay. Terkinja- kinja pulak budak perempuan tu cakap kat mak dia



"Mak, lajunye kakak tu scan,lajunye mak..."



Hahahahahahah lagi. Sumpah aku tahan gelak budak tu lawak sangat.

Sambil tu dia duk perati lagi aku duk scan barang yang mak dia shopping sakan menimbun yang aku gelarkan bala tentera sebab banyak sangat. Adik tu cakap:



"Mak, kakak tu cantik kan? Bestnya ada kakak cantik macam ni.."


Cantik eah adik? Kalau cantik bagi tahu la abang kat rumah yang umur 2o tahun ke 21 tahun ke yang tengah study kat Australia ke London ambik engineering atau architecture yeh adik? Akak tak kisah. Janji beriman dan hensem macam Shah Rukh Khan. HAhahaha.

Woh,korang gelakkan aku eah? Gelak la selagi terdaya. Tak kisah la adik tu rabun ke juling ke kan. Hehe. Pesanan untuk adik. Jadilah insan yang berguna esok- esok nanti taw. Belajar rajin- rajin. Taat kat mak ayah. Solat jangan tinggal. Nanti bila dah habis SPM, tunggu result jadilah cashier macam akak ni. Kejap je. Tambah duit poket. Nanti mesti ada budak- budak rabun ke juling cakap adik cantik. Macam yang adik cakap kat akak. Kan?
Hehehe..




tembam eah? Ada aku kisah? Kesah jugak woh..bila entah nak diet..teheee:)


0 mereka kata: