Sunday, January 10, 2010

setiap pekerjaan adalah mulia..


Ya,memang benar setiap pekerjaan adalah mulia dan mendapat kemuliaan disisi Allah Taala selagi ia tidak bercanggah dengan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Seperti yang kita tahu rezeki tidak akan datang bergolek,untuk meneruskan kehidupan manusia perlu melakukan pekerjaan untuk menjamin kelangsungan hidup memenuhi keperluan harian. Allah itu tidak pernah zalim maka Dia telah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dalam dunia ini. Dan dengan menggunakan anugerah akal oleh Allah wajiblah manusia itu memilih pekerjaan yang halal dan dibenarkan dari segi syariat berlandaskan Al Quran sebagai sumber perundangan pertama dan hadith sebagai perundangan umat Islam yang kedua.


Seringkali pada zaman ini konsep 'mencari rezeki halal' ini disalah ertikan oleh masyarakat kita khususnya. Sebagai contoh artis-artis mengatakan mereka mencari rezeki yang halal untuk menanggung anak bini belikan lampin dan susu anak dan sebagainya. Saya buat semua ini hanya untuk mencari rezeke etc kata mereka. Namun mereka tidak sedar bahawasanya mereka sedang melalaikan berapa ramai cucu Adam di atas muka bumi ini. Artis Malaysia khususnya paling kesian kerana mereka cuba untuk up to date konon aku minum carlsberg dan heineken aku boleh cope dengan zaman sekarang, dunia artis sekarang. Mereka cuba menjadikan Hollywood nun sana sebagai contoh dan kiblat mereka.


Diorang tu tak apalah Allah dah cakap orang yang mensyirikkan aku no compromy kau masuk neraka. Bagaimana dengan kita yang menyebut kalimah Lailaha illallah Muhammadarrasulullah? Dimana aku tadi? Haa,,mereka mengatakan mereka mencari rezeki halal sebab mereka tak mencuri dan merompak hanya berlakon atau menyanyi dan tunjuk tubuh kau bagai nak rak sebagai mencai rezeki? Rezeki yang halal tak semestinya kalau kau tak mencuri dah dikira rezeki halal. Untuk bekerja, kalau perempuan Allah dah tetapkan syarat dia,mendapat keizinan suami, menutup aurat sepenuhnya, dan melakukan pekerjaan yang jauh daripada unsur maksiat. Itu antaranya sajalah. Ada lagi syarat dia.



~~~Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

( "Mencari kerja halal itu wajib atas setiap orang Islam.”
)




Hurm. Jangan kita sesekali menghina orang yang melakukan pekerjaan yang bagi kita kesian kau tak graduate university sebab tu kau jadi tukang sapu atau tukang cuci bangunan ni. At least dia melakukan pekerja yang jauh dari unsur yang disebutkan tadi, kan? Daripada yang duk melolong melalak dan show off semua nikmat cantik yang Allah bagi Kau kat orang. Bukankah itu lebih hina dan jijik disisi Allah? Dah tu kalau kau nak naik stage pukul lapan malam dah sah sah kau tak sembahyang maghrib sebab nak make up dan dress up kau pun dah berjam- jam.



Sedarlah, kita sama- sama manusia yang mencari tempat untuk bertapak dibumi Allah ni untuk dapat keredhaan Dia dan lambat atau cepat kita akan kembali kepada Dia. Jangan sesekali memandang rendah terhadap orang, mereka juga manusia punya hati dan perasaan dan mungkin mereka lebih istimewa dari kita pada pandangan Ilahi. Ye idak? Tehee:0



Tak tahu kenapa post macam ni. Sebab tadi aku walking ke ruangan gosip artis, tengok artis sekarang ni Ya Allah mak ai tak ingat dunia ni sat lagi nak kiamat, kan? Kesian. Ya Allah jauhkanlah aku daripada semua tu. :'(
Takut ah. Takuttttt. Allahummaya muqollibalkulub sabbit qalbi ala dinik wa ala to' atik. Bacalah tiga kali selepas tahiyat akhir sebelum salam untuk memelihara hati dan iman kita semua.


P/s: Memang aku cashier Tesco extra Sungai Dua Penang buat masa sekarang ni,tapi aku jugak manusia. Lagipun sat lagi aku nak berhenti dah. Tunggu cina raya. Berdosa pandang rendah kat orang. Betul tu:)

OMG aku tak tidur semalaman ni, sembahyang subuh nak pi tidoq. Hangpa semua duk sengap jangan kacau aku!







0 mereka kata: