Friday, July 24, 2009

malam yang kelabu~



Malam yang kelabu~


Malam yang kelabu

Bersama purnama disisinya

Bintang gemerlap didadanya

Terus mencurah bakti dan sakti

Kepada umat bumi


Malam yang kelabu

Berkongsi kisah denganku

Saat biru dan kelu

Saat kelabu dan kaku


Malam yang kelabu

Setia bersetia kepadaku

Terus menemani

Malam-malamku

Menyimpan rahsia dan cerita hidupku


Kerana malam yang kelabu

Sentiasa disisiku

Menghantar puput bayu yang lembut

Untuk mengusap dan menyeka

Airmataku yang mengalir lagi!

2 mereka kata:

NURA said...

salam sobat,indah sekali merangkai kata,,,saya terharu membaca puisi ini,,semoga malam berikutnya malam yang indah penuh kebahagiaan tidak kelabu lagi,,,

little lady~ said...

~nura~

terima kasih..ya2..moga2...
namun hakikatnya malam sentiasa kelabu~