Tuesday, July 20, 2010

post tak de motif,,dilarang baca!

Assalamualaikum...

Hurm,rindu nak post belog. Ada satu kisah yang nak dikongsi bersama agar dapat diambil pengajaran, kisah aku juga. Sadis kan? Huhu.



Tapi sekarang ni aku ada kat bilik ICT untuk kelas ICT tapi madame tak sehat dan tidak attend, jadi post la belog kejap. Tapi tak sempat kot nak story panjang- panjang nanti kantoi.



PERGI


awan gemawan
berarak cemerlang
membimbit titis hujan
membasahi bumi gersang


sambar menyambar
petir itu
dikaki lazuardi
menghimpit diri


sudah,
aku mengerti kini
kau mahu aku
mengusir pergi
cinta di hati!



SoSaying: Sayang pergilah dari daerah hati aku, kalau kau mahu aku tersenyum lagi. Tolong.









Wednesday, July 7, 2010

saya sudah bertunang, tolong jangan kacau!











Assalamualaikum,,


hai awak- awak, kamu- kamu dan sekelian alam. Sudah lama tak mengetik- ngetik kot keyborad ni mengepos belog ini. Hari ini tibalah masanya jari- jari dinarikan diatas keyboard ni, perghhh heaven kot sempat post blog:)
Susah bebeno la tak ada berodbenn sendiri ni, ni pun pinjam berodben housemate sajeee. Umiiiiii,,saya mahu berodbenn please;(



Sebenarnya aku ada banyak benda nak dikongsi bersama tapi itulah masa membataskan waktu untuk aku berdating dengan incik internet ni, assignments la, kuiz la (?), presentation, nota. Dan aku wonder kenapa universiti kat Malaysia ni ada semua mende alah ni. Kenapa bebudak obersil tu tak de pun? Tak aci, woh! Budak study obersil sungguh tak aci oke ;/




Dan hati ni sentiasa la berdebar- debar takot tidak pass MUET Band 4, kalau tak, tidak usah bermimpi boleh sambung degree. SunggOh takot, berdebar kalau tidak pass. Kalau tak boley study nanti kena kawen awal (?) Sungguhh tidak pernah bermimpi sedemikian rupa. Sila Doakan aku boley achieve Band 4 tu kawan- kawan or else nanti akan sampai kad undangan perkahwinan di depan rumah masing- masing. Ouh, masih tidak dapat dicapai akal yang panjang sejengkal ini.



Mesti tertanya- tanya kenapa apa yang aku cakap sekarang ni sangatt clash dengan tajuk. Tidak mahu kahwin awal tapi bertunang sudaa. Panjang sekali jawapannya. Sebelum itu aku sangat seronok oke dekat FKP ni dah ada cafe baru yang syiok sangat. Eksklusif jugak untuk kami students ni, sangat murah makanan dia membuatkan dua bulan masa untuk kurus nampaknya kena lanjutkan kepada tiga bulan. Haih, sungguh mencabar keteguhan iman dan kekuatan jiwa. Tadi kami, aku, Syu dan Aimi rasmi sudaa cafe baru tu. Sangat best isi lauk penuh- penuh tapi kena charge tiga hingget saja. Sila jeles sekarang;P Kemudian boleh tambah lauk tanpa rasa bersalah tanpa charge sampingan walau seposen, oke itu tipu.



Dan kat sini ada gambo yang aku ambik guna enset dak Aimi anak bongsu Pak Cik Jaafar. Sedikit saja pon gambonye. Tapi aku sempat la ngambik gambo cincin tunang aku ni haa. Nak kasi show off dengan u all kasi beliak biji mata. Ada brand? Kihkih:')



Sila jangan teruja lihat cincin tunang aku kerana ia sangat santek dan eksklusif oke. Melilap- lilap melilau- lilau kelihatannya dari jauh apatah lagi dekat. Sehingga ramai classmates, mahupun housemates, dan segala bagai mates lagi yang nak nengok tilik-tilik cincin tunang aku ni haa. Tapi nama pun cincin tunang, mana boleh sesenang cabut bagi orang pakai. Nanti tunang marah. Ini dia gambonya. Sila jeles sekarang.




dak Aimi anak bongsu pakcik Jaafar





Syuhada hello kitty


jus mangga yang boleh refill dan diminum smpai penuh perut







sangat selesa cafe ini

tangan kemetOt pakai cincin tunang *,+


Nama aku Atyrah jadi, kat cincin tu ada huruf A yang besaaaa punye gedabak dihiasi permata lilap-lilap. Penyayang sangat kot tunang aku ni. Sebenarnya sangat malu show off jari kemetot lago gedabak dekat belog ini namun nak tunjuk jugak. Ahhh,,penat sudaa berpot pet disini, nampak bantal dan katil sekarang. Marilah aku reveal satu secret sekarang,



Aku tak tunang pun, dan bukan cincin tunang pon tu. Cincin beli kat kedai aksesori dekat uni ni ha, ada promosi penghabisan stok. Jadi kami meroyan la beli benda alah ni semua. Hehe. Harga dia tak sampai lima hingget je pun, cincin ni jugak sangat gedabak dan sesuai dengan tangan gedabak aku ok. Kadang- kadang boleh tersangkut jugak kot sebab terlalu gedabak. Haih. Tak pe la aku tido dulu. Salam satu malaysia,,heehe. Skema gaban ah. :)


SoSaying: Internet malam ni sangat kemut oke. Tersengguk- sengguk depan laptop kot upload gmbo ni.




Tuesday, June 22, 2010

Assalamualaikum semua, sihatkah jiwa anda, raga, juga segala- galanya milik anda?




Ouh terasa begitu skema disitu. Begitu aku rindu kepada dunia alam ghaib ini eh bukan dunia alam siber laa.. Rindu sesangat.




Weh, anak- anak tahu tak esok birthday aku? Korang tahu tak? Hah??!!!
Apa?? kau tak tahu? Hish,, menyampah betul la. Tapi kan kira adil le sebab aku pon tak je birthday korang kan? Wahaha.




Im going 18 tomorrow, apa yang boleh ku kata? Ku sudah tua, rambut dipenuhi uban yang banyakkkk disertai dengan gatal kepala disebabkan uban- uban yang liar menjelajah ke setiap inci sudut kepala aku. Lepas tu muka aku dah berkedut- kedut diiringi dengan pelbagai parutt dan jerawat yang masih segar tumbuh di muka beserta dengan pinggang yang selalu sakit- sakit dek kerana selalu membanting tulang menoreh getah dan menuai benih padi diwaktu muda dulu. Maklumlah aku ni anak dara remaja muda belia contoh ikutan mase memudee dolu. Sekarang pun masih anak dara walaupun sudah meningkat usia senja, ouh begitu terasa ketuaan dalam diri aku ni. Haih.




Sesungguhnya aku rindukan rumah weh, rindu nak golek- golek atas katil, rindu nak menari- nari dalam bilik air dan macam- macam lagilah. Huhu;(



Rindu kepada umi yang selalu panggil aku mokmon sekarang ni. Korang tahu tak apa benda maksud mokmon tu? Apa??! Tak tahu jugak. Haih.


Kalau korang nak tahu mokmon maksud dia GEMOK+ MONTEL= MOKMON



Umi aku sekarang panggil aku mokmon woh disebabkan aku ni makin gemok dan montel mengalahkan tenggiling bunting, macam itulah ghopenye gemoknye aku sekarang ni.


Tak tahu eden macam mana nak dietnye. Bile tah aku nak kurusnya. Terasa sakit kaki membawa badan yang macam mak buyung nih. Haih, berikan aku tips untuk kurus sikit bolllleeeyhhhhhhhh takkk??????? Kurus! Kurus! Kurus! Kurus! Datanglah kepadaku kembali. Kembalilah kurus! Jangan tinggalkan aku!!!!!!!!!




Okay dah tamat sesi merapu dan meroyan. Aku dah penat terjerit- jerit panggil kurus datang semula. Dia kata dia akan datang dalam masa dua bulan. Haih, u can count on me babeh! Akan kuhapuskan segala gelaran mokmon dan tenggiling bunting juga mak buyung segala bagai. Biar dipanggil cekeding asal jiwa bahagia tiada sengsara.




Sempena birthday aku, aku nak wish kat diri aku sendiri sekarang jugak;


-selamat hari lahir ke lapan belas
-selamat meniti usia remaja yang penuh berliku
-selamat menempuh suka dan duka sepanjang berumur 18 tahun
-"semoga berjaya dalam tamhidi ni" kata umi kepada mokmon
-selamat meneruskan perjalanan mengejar impian dan redha ALLAh, InsyaAllah.



~~~Dan pelbagai selamat dan semoga lagi. Ponat aku nak menaip lamo- lamo eh. Assignment timbun- timbun ngalahkan gunung himalaya.




Lastly it's okay 18 years celebrating birthday without a father. No tears no cry babeh. Big girls no crying, not even a tear.






Saturday, June 19, 2010

gelora J I W A getaran R A G A









Assalamualaikum, apa khabar semua? (wah rasa mcam Wahid senario dalam melodi dah ni tak pun awal ashaari dalam fuhhh!wahaha)





It's been a while since bile tah aku tak post belog ini dengan betol- betol, maksudnye macam ni. Tidak bersungguh hanya ala kadar melepaskan kahak di tangga sahaja,correction sebetulnya batuk di tangga,hokeh. Hanya mengepost puisi berjiwa gelora diiringi dengan Only Hope by Swithcfoot jugak sahaja. Maka korang semua sihat ke? Aku sihat je, badan dah berketul- ketul ngalahkah badak berendamlumpur aje, okay itu tipu. Wahaha. Aku pun tak pasti ekceli belog ni ade reader ke idak lagi, iyelah dah la burOk, tak cukup kasih sayang pulak tu. Tak ada entry lagi tu, memang pakej la orang kata "belOg nan burOk". Kan? Kan? WOh, tengok tu ada ramai yang angguk kepala. Huuuu;(





Sebenarnya aku selalu pk nak deleta aje belog ni dan mungkin buat belog baru tapi sayang jugak sebab tak tahulah. Aku dah menulis belog ni dah dua tahun lebih kot. Sayang jugakla. Sekali lagi, sayang jugakla. Heh.





Aku tak tahu kenapa tapi lately aku rasa macam aku kehilangan sesuatu dalam hidup aku, rasa macam kosong tu taklah tapi separuh dari kosong. Hilang rasanya, terasa jiwa sedang merindu tapi aku pun tak pasti siapa aku rindukan ataupun lebih tepat lagi aku tak nak bagitahu siapa yang aku rindukan, haha. Tapi betul, misteri betul perasaan jiwa aku sejak kebelakangan ni.





Mungkin ada kawan- kawan skul yang tertanya, ataupun jugak mungkin kengkawan baik aku, TSG, 3G and others kenapa aku jarang post blog sekarang. Kadang- kadang korang perasan tak kalau korang follow blog orang kan, tak kira la sesape pun akan ada sesuatu masa dia senyap tak berkutik dan mengambil masa untuk menulis kembali. Mesti ada kan? Sebenarnya dia sedang bergelut, wahh bunyi BERGELUT macam suspen habes haha.



Dorang sedang bergelut dengan sesuatu yang berlaku dalam kehidupan yang mereka tak pernah jangkakan, dan mereka cuba sedaya upaya untuk melawan dan bangkit kembali demi satu cahaya dalam kehidupan. Heh, macam tu lah aku pun. Hurm. Hidup kalau tak ade ujian bukan namanya kehidupan. Betul tak adek2, abang2, kakak2? Sebut adek2 ni teringat pulak kat pak sedare aku yang duk nun di Port Dickson still panggil adek kat aku walaupun aku dah tua kerepot repot tak lama lagi nak masuk 18 tahun, fuhh. Rasa jakun jugak weh bile umur 18 ni orang panggil adek agi. HAHA.






Kata aku teror sekarang sebab aku tengah taip pakai satu tangan saja sebab lagi satu tutup mulut yang sedang menguap, itu tandanya apa ya? Mengantuk ya puan- puan dan tuan- tuan. Maka sebelum aku tidur, aku nak share something dengan korang.





Kadang kadang kita jeles, kita kagum ke tengok seseorang yang berjaya dalam apa yang mereka lakukan dan mendapat apa yang mereka impikan. Dalam hati membuak- buak dalam dada kata aku nak jadi macam dia! Dan kita mula mengubah diri kita untuk menjadi orang lain dan bukan diri kita sendiri. Aku tak ingat dah mana aku baca quote ni tapi macam ni lah lebih kurang bunyinya




" Anda lebih rela dikenali dengan dalam kelompok yang ramai dengan cara yang serupa, atau dikenali dengan dengan gaya dan diri sendiri"




Haih, lebih kurang ghope itulah ayatnye. Sorrylah, blur pulak malam- malam ni. So, jadi diri kita sendiri, perbaiki kelemahan and shoot it! But, but, but...Being ourself and acting in our own way ain't easy. I bet it. Choos the best way to express ourself. As long as tak melanggar syariat sudaa, just go with the walk.




So, that's all. Mata dah sempit plus bengkak serta berat dek kerana bulu mata yang terlalu panjang dan lentik, menambah tahap kemahuanketutupanmata,seruan bantal dan katil semakin menambahkan gelora JIWA dan getaran RAGA untuk melelapkan mata maka selamat malam sayang! Hoyeh;)



donghae oppa!from suju group, glance nampak cam girl




SoSaying:You can be sweet dream or my beautiful nightmare, either way I don't wanna wake up from u..













Tuesday, June 15, 2010

seratus hari lagi





Aku ingin tidur
Untuk seratus hari lagi
Biar aku khali
Biar aku lali
Biarkan aku sendiri



Supaya nanti
Matahari yang cerlang sinarnya
Tidak aku saksikan
Terangnya cahaya bulan
Tidak aku pedulikan
Awan gewaman menari
Tidak aku endahkan
Nanti kan airmataku menitis lagi
Oh, rawannya hati!




Seratus hari lagi
Kuharap mimpi menjadi realiti
Senyumku berseri- seri
Dan aku tidak perlu lena
Untuk seratus hari lagi



SoSaying:Nyanyikanlah sesuka hati, ikut melodi sendiri buat mengubat nanah dihati menggunakan kapok kau sendiri! Tringggg….
















Wednesday, June 9, 2010

sukar atau senag dicari

Sahabat, atau company



kata orang sahabat kongsi senang mudah dicari.
sahabat berkongsi susah, susah pula dicari. Haih.




Bagi aku pula, sahabat berkongsi susah, senang juga dicari kerana mungkin waktu itu dia juga susah seperti kita. Namun selepas susah bersama kita, dan senang sudah ada di depan mata maka kita akan dilupa. Begitulah manusia. Skeptic.




Kill me big big time.



Maafkan aku kerana tiada penjelasan. Kita tidak tahu bila masanya hati memerlukan, dan hati sudah muak lalu menendang. Kerana bunga memang bukan sekuntum. Pergilah kau dari hidup aku. Sungguh, aku meminta. Namun bukan dengan kata.