Saturday, March 13, 2010

hujan

Kau tahu hujan itu seolah menangis dan berlagu bersama airmataku? Kau tahu hujan itu begitu setia menemaniku. Aku kehujanan, biarlah untuk seketika kerana dengan hujan kau tidak akan lihat apa yang keluar dari mataku. Kau tak perlu tahu kerana mungkin kau hanya akan dapat melihat dan kelu terkaku. Aku juga tidak mahu kau datang menghulur tangan kepadaku. Biarlah walau kau ingin berada disisiku, menemani. Cukuplah hujan ini sebagai teman walaupun untuk sebentar cuma.




Kau tahu aku lebih senang begini. Hujan ini lembut menimpa tubuhku, walaupun ada ketikanya sakit kau tahu aku lebih bahagia begitu. Sekurangnya hujan ini sudi menangis bersamaku. Hujan yang Tuhan kurniakan kepadaku. Itu lebih manis dari segalanya kerana aku tahu itu datang dari Tuhanku.



Jangan kau tanya sesuatu yang kau tahu jawapannya.


3 mereka kata:

khaulah said...

cik tyra..
He knows what is the best 4 u..

go to Him
Talk to Him
cry to Him

to Him we depend :)
dun worry cik Tyra

bile awk nk on9??

Unknown said...

menangislah,

itu lumrah.

ifazs said...

ibarat bulan di siang hari,
x nampak tapi ia tetap ada..

ibarat ujianNya,
ade hikmat tapi x nampak.

effa selalu ade,
akan sokong k.tyrah,
walau k.tyrah x nampak!

tabah dan bersyukurlah atas ujianNya.