Friday, October 15, 2010

dan sebenarnya (=



Assalamualaikum.



Apa khabar semua? Harapnya sihat. Aku sihat alhamdulillah. Lagi satu minggu aku final. Ho-yeh. Tak seronok okey nak final. Semua orang sebok study nih, cuak pulak aku yang tengah online.





Okay lah. Sebenarnya aku nak bagitahu kat semua orang yang aku menulis kat sini sekarang ni.





http://destinyhope92.blogspot.com.




Kalau ade mase singgah- singgah okay? Blog tu masih dalam proses pembikinan katenye. Still tak beroperasi dengan smooth, nanti link rakan- rakan akan di tambah dari masa ke semasa.






Till then.


I Love and heart u all.


Assalamualaikum. (=



Wednesday, September 8, 2010

harapnya ia begitu





Orang kata kalau nak suruh orang suka tulisan kita tulislah dari hati barulah dapat menyentuh hati- hati orang lain juga. Mungkin betul, maka hari ini aku ingin menulis dari hati.




Dalam keadaan sekarang, apa yang aku lalui ni sekarang, di saat itu. Aku mengharapkan ia begini.




Kelihatan sebuah rumah kayu bercampur batu tersergam indah di tepi sawah di sebuah kampung nan indah. Rumah kayu dua tingkat itu kelihatann berseri, dicat baru sempena hari raya yang akan disambut oleh seluruh umat Islam dua hari lagi. Halaman rumah yang luas juga sudah bersih disapu, tiada lagi daun- daun kering yang sering berguguran dari pohon- pohon rendang saujana mata memandang. Batang- batang buluh tempat meletak pelita ada yang berdiri senget, ditiup angin mungkin. Di dapur, emak- emak seramai lebih sebelas orang termasuk nenek dan anak menantu sedang mengopek bawang merah putih, besar. Itu belum masuk anak- anak yang sedang meningkat dara yang turut belajar cara mengopek bawang merah dan menggontel almond london dan tart nenas sambil bergurau senda. Nenek dan emak- emak pula bergelak ketawa berkongsi rasa bagaimana mereka di zaman muda. Tidak dilupa nenek menurunkan resepi rendang tok tujuh keturunan kepada emak- emak. Bahagia.




Di suatu sudut, di anjung rumah. Ibu saudara tertua dalam keluarga mengajar juga anak- anak saudara membersihkan daun balas dan cara membuat ketupat palas. Di halaman berhampiran pelita buluh, di bawah sepohon pokok rendang Tok mengajar anak menantu dan cucu lelaki bagaimana caranya menjadi lelaki gentle, menghidupkan api hendak bakar lemang. Juga mengangkat kawah untuk memasak rendang tok dan dodol untuk keluarga besar mereka. Gelak ketawa mereka juga bersela berkongsi cerita. Sambil memerhati cucu-cucu berlari berkejaran di halaman bersama, sesekali bapa mereka melarang itu dan ini.



Di suatu sudut, beberapa orang anak kecil yang masih lagi di tahap dua sekolah rendah berbual sesama mereka.



Amira : Adila, baju raya kamu warna apa ya? Kite dah lupe la.

Adila : Kan kita dah kata baju raye kite warna pink la. Satu kelurga kita warna pink.

Adiba : Kenapa warna pink? Tahun lepas kita dah warna pink.

Adila : Yela, mana kite tahu. Dah mak kite yang pilih. Tapi kita gembira sangat pasal baju raye pakwe kite kan warna pink jugak. Mak dia beli warna pink juga. Same- same.

Amira : Waaa, Adila da ade pakwe? Hebatnye, kalau kita mak kite kate pakwe makwe tak baek nanti Tuhan campak masuk api neraka. Takutla kita.

Adila : Dia yang nakkan kita, dan dia yang kate kite makwe dia. Kita pun kate lah dia pakwe kita jugak.


" Adila, Amira, Adiba apa pakwe makwe ni? Tak baik taw, dah dah ye. Pergi tolong kakak- kakak kamu kemas rumah nanti dapat pahala. Bulan- bulan puase ni tolong orang Allah gandakan pahala kita. Pergi ya?" Kata Mak Su mereka, anak bongsu Tok dan Nek mereka sambil membetul- betulkan tudung labuh di kepala.



Berlari mereka ke ruang depan di tingkat atas rumah kayu dua tingkat itu. Kakak- kakak mereka ada yang mengemas rumah, mengisi biskut dalam balang, menukar langsir dan memanjat tangga juga membersihkan sawang. Meriah dengan pelbagai suara dan ragam.



Menjelang berbuka puasa, Tok turun ke bawah menyalakan pelita. Hidangan berbuka puasa dibahagi tiga, satu untuk kaum rijal satu untuk kaum nisa' dan satu lagi untuk kanak- kanak. Emak- emak kalut usah dikira, menghidangan lauk tergesa- gesa. Si abang pula membaca doa sesudah azan dilaungkan, kemudia suasana senyap seketika. Menikmati juadah terbuka. Selepas tok dan nek pulang dari berterawih, mereka duduk di tangga menyaksikan anak- anak cucu membakar bunga api, dan mercun berbagai- bagai. Sesekali terdengar suara emak emak di dapur melatah, terkejut dek mercun bola. Dan pagi raye pula, anak cucu beratur di ruang tamu, bersalam dan memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Beginilah hari raya dirai.



Ya, aku mengharapkan ia begini. Namun tak semua kita miliki, namun yang ada harus tetap disyukuri, bukan? Jadi bersyukurlah. Dan terlalu banyak lagi aku harapkan ia begini, namun masih juga begini. Biarkan saja.


Beraya enam hari sahaja kemudian harus kemas barang kembali pulang. Ke kampus. Hurm. Begitulah.


Jadi kepada semua yang mengenali diri ini, selamat hari raya maaf zahir batin aku ucapkan. Juga kepada semua kengkawan bloggers dan sesiapa sahaja yang terasa dengan setiap perlakuan aku, kususun sepuluh jari memohon maaf. Maafkan aku!





Sosaying : "Aku susun duapuluh jari termasuk jari kaki memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki." Ayat tipikal kad raya mase dedulu, rindu! ;)







Tuesday, August 31, 2010

jojo the junior aka aku




Petang itu lepas habes kelas macam biase aku dan member menunggu bas untuk balik ke Nilam court, kerana orang yang sangat ramai dekat bas stand aku port seberang jalan atas haih apa pulak name mende alah tu tapi yang pastinya ia diperbuat dari batu dibawah pokok yang meliuk lentok ala Kajol menari dalam Kuchi Kuchi Hota Haih. Mengancam habes, perghh.



Aku pun mendendangkan lagu nih, bagi melepaskan tekanan yang berbuku di dada,. Sambil lagu berdentum-dentum telinga, orang kiri kanan dah tak peduli yang penting ketenangan harus dikecapi! Wahaha. Maka aku menyayi, bayangkan suara ala- ala Mariah Carey gitu ye:



"come with me stay the night


u say the words but boy i don't feel right

but do u expect to me to say

u know it's just a little to late"

"u take my hand

and u say u've change

but boy u know u begging don't fool me

bcuz to u it's just a game"

"so let me on down

cause time has made me strong

i'm starting to move on

im gonna say this now ur chance has come and goooonnnnnnnnnneeeeeeee"

"yeahhhhhhhhhhhhhh"


Tetibe ada sorang kawan ni, budak rumah kawan aku. Minah ni memang jenis poyo dan mulut dia memang kasi kaw la, tapi hati dia memang baek dan solehah dia memang tak dapat disangkal. Dengan selambanya dia datang tegO aku


"Tyra, nah ni amek lima posen. Cukup tak ni? Nak beli air? Sejak bila buat part time ni? Penyanyi jalanan?" Kata dia dengan muka tak bersalah.



Aku terkedu semena- mena. Muka dah macam cicak tertelan kapur plus alah constipation(sembelit). Bayangkanlah, terkejut tak usah nak cerita. Aku hanya mampu


"Aaaaaaaaaaaaaa..."



Dan minah tu boleh pulak gelak terkekek kekek macam nenek kebayan. Kalau boleh bagi bom jangka seronok jugak, haih.



Moral of the story: Berzikir, jangn menyanyi.


Thursday, August 26, 2010

dulu dan kini, bukan selamanya









Assalamualaikum warahmatullah.





Ai ni ase macam ter rajen pulak nak post belog. Senanye sejak aku menjejakkan kaki aku ke kampus ni kan aku ase macam aku masuk ke satu alam laen. Aku pun tak tahu kenapa, tapi itulah. Ase jakun jugak kenkadang tu. Ada banyak sebab aku ase macam tu. Antara sebabnye ialah :


1) Sebab jauh dari famili, selalu kalo call umi kata "Umiiiiiiiiiiiii nak balik!" Sambil buat suara serak sebak. Haha. Sila panjangkan lagi makhraj miiii tu sebab ghope itulah aku memanjangkan makhrajnya. Lebih enam harakat okay. :0




2) Uni ni bercampor dengan lelaki. Segan segan malu pilu sudu jugak garpu. Bukan nak kata aku ni baek sangatt sampai tak nak bercampOr dengan laki tapi tak biase en. Selalu kalo jalan ase cam de orang pandang, jeling- jeling. Wakaka, sungguh bajet disitu. Dan selalu jugak merungut dekat memember kate " weh kat mesia nih tak de ke uni yang tak bercampor pempuan laki? " keh keh keh.



3) Semua oarng sekeliling aku matured semua, dress up drop dead gorgeous, pakai make up sampai aku tengok mata dorang pakai eyeshadow uh susah nak celik. Wahaha. Kelakar sungguh. Ittaqullah. Hekhek. Bila semua orang dah nampak matured tinggal aku sorang terkontang- kanting yang ala- ala child like. Uhuk #,#





4) Jadual packed! Selalu kalo tak dekat pukul tujuh jarang nak sampai hostel. Letih letai lesu aku weh. Naseb baek jugak berat turun kalo idak mahu je aku bungkus kaen baju balik umah. Hehe, TipOo saje part bungkus kaen baju uh =P





Itulah antara sebabnye aku ase macam aku kat alam laen. Ada lagi, tapi biarlah rahsia. Senanya aku sedih sebab sekarang ni aku da tak menulis langsung even satu poem pun. Cerita apatah lagi, rase semua dah stuck dan tak flow macam dulu. Memang sedih, sebab perasaan di dalam tak terluahkan. Dengan pena apatah lagi kata- kata. Jauh sekali. Itulah, apa yang kita miliki semalam tak semestinya kita masih milikinya sekarang kan? Jadi bersyukurlah, sebab kadang- kadang kita ta sedar semua tu.




Sekarang ni aku selalu je teringat mase dedulu, ingat kengkawan TSG dan 3G. Sangat bertuah senanye ade kawan2 macam dorang. Yang paham jiwa, yang taw bila mase kita merajuk dan taw pulak cane nak heal nye. Yang taw ketika kita ketawa hahahaha dia ingatkan "weh jangan ketawa kuat sangat nanti hati mati". Sangat rindukan 3G famili members panggil aku adik su! AAAAHhh, rindu! Tuhan tahu!







SoSaying : Bersyukurlah! :-/




mereka kawan saya!



solehah sangat kot! ;)









Tuesday, August 24, 2010

ONCE,,you guys

Dah lama kot tak post belog, selalu je macam ni. Bila ade post je cakap weh rase macam lame tak post belog than bla bla bla. Malang betol belog ini dapat tuan yang begitu terok dan tidak caring menjenguk beliau tiap2 hari dan bagi dia makan even tiga kali seminggu. BLOG JUGAK KENA PUASA. Kena jadi solehah dan baek macam tuan dia. Hekhek. Hurm, urghhh,. Pathetic nye hidup macam ni.



Eyh, saya ada something untuk kamu, awak dan juga dia. Hurm lagi.




ONCE, the guy I adored
always lending his ears
and say I'm all ears, then spill
my shoulder is always there for u


ONCE, 0ther guy that amused me
got the weapons
to wrecked me out into pieces
in every single words that he write


ONCE, the dude that make my day
is the one who gave me his warm smiles
to face all the dark days
and he didn't even realize it


Once and always
I really hope the one guy
who will dwell in my life
never just squatter
will have all the once
and never just once,
forever, light up my days
bring me to HIM
say I'm with you
now and ever
and I pray we will be together in jannah, the one dude.





Hari ni dah selesai presentation, tak sangka pulak kACIP FATIMAH aku tu sangat digemari ramai. Wakaka. And Muiz im sorry aku tak bagi TONGKAT ALI. Aku tak minum. Hukhek.



SoSaying: Okay, papai!



Sunday, August 1, 2010

sekadar luahan,,,love tune is in the air(?)







It's too late tonight but still feeling like want to spill something out. "Something" that doesn't mean nothing to me. Hmmm.




Tak tahu kenapa terasa nak post macam ni, dengan segala apa yang berlaku, dengan begitu ramai manusia yang dijumpai, dengan muka- muka baru yang dikenali. Ahh dan ahh lagi. Him.




To be truth, I haven't found him yet. I thought so. Or maybe i have found him, it's just me who doesn't realize it. HIM. The person that I'm gonna share the whole, rest of my life. I ever read a novel, said:





"Life is too short to spend with the wrong chosen person."






Yes I did admit it. Too short, right. I have only a life, one life so I won't take it for granted. The one who I will tattoo his name across my heart after Allah, Rasul, ma parents and family. The one who i will be with him come hell or high water. I will. InsyaAllah. I'm glad if i am the one who can't define the special relationship between boys and girl, don't know how to and don't want to.



.................to be continue..........