Saturday, February 20, 2010

Kelantan versus Kedah



Ya memang aku tahu hari ni aku online lambat. Ya memang aku tahu jugak Kelantan kalah dengan Kedah. Bukan kalah sebenarnya seri 1-1. Kalau 0-0 main masa tambahan kalau seri Kedah menang dan kalau mendahului mata barulah Kelantan boleh masuk suku akhir. Kenapa dan kenapa macam ni? Bukan menyesali takdir Tuhan tapi aahhhh, hampa! Sebelum ni aku sangat sangat berjiwa perempuan(sekarang pun masih) dan memang tak minat lansung bola selalu cakap apa jadahla dua puluh empat orang ni duk kejar bola nan sebijik tu, Lepas tu yang kat luar tengok ni bukan main bersorak menjerit satu rumah kan, macam tak masuk akal tapi kalau dah tengok bola tahulah kenapa dan macam mana kan?



Aku start tengok bola tahun lepas waktu aku form five, biasalah tahun exam kan macam- macam benda luar tabi’e maksudnye yang kita tak pernah minat tiba- tiba je boleh jadi minat contohnya macam aku ni la. Tak pernah tengok bola even once, aduh memang lansung tak minatlah kesimpulannya. Masa tu awal tahun lagi kalau tak silap aku, Kelantan lawan Selangor Piala Tm. Memang masa tu Kelantan main best, lastly seri 1-1. Masa tu ingatkan Kelantan la menang sebab Kelantan mendahului gol. Bila masa penalty faham- faham jelah. Memang nasibla kalau menang pun. Then, penalty Selangor menang. Masa tu frust, memang frust. Serious. Fisrt time tengok bola kan, sokong punyelah semangat tapi kalah pulak,aduh…






Second time, Kelantan lawan Perlis separuh akhir Liga Malaysia. Yang ni memang havoc sangatlah sebab tengok dengan Ayah Sue kan. Kesian je Khalid Jamlus kena kutuk, bahah. Masa tu sumpah aku memang minat Khalid Jamlus. Dia punya aura kelelakian tu,tehee:) Tak salah mengagumi ciptaan Tuhan kan? Stop. Masa tu Farhan hatrik jaringkan tiga gol. Memang salutela Farhan malam tu. Malam tu Indra Putra tak turun. Tulah kali kedua aku tengok bola. Kali ni memang puas hati. Thumbs up punya. Tak sia- sia aku tengok malam tu.




antara pemain menyengat malam tadi


Kali ketiga aku tengok bola masa lawan dengan Negeri Sembilan. Memang sedih sangat sebab Kelantan main memang orang kata entah apa- apa malam tu. Nasib baikla Indra jaringkan satu gol jugak. Kira macam saguhati la. Eh, ye ke? Yela kot. Dalam perlawanan yang aku tengok aku perhatikan Kelantan pemain penyerang contohnye dengan negeri sembilan Farhan dengan Indra memang sentiasa dikawal ketat. Memang nak sepak bola pun susah. Asal nak sepak je mesti kena kepung, tak pun kena libas kaki ke apa. Memang serius jahatlah waktu Negeri Sembilan. Angin sangat dengan Hairudin tu tapi sekarang ni dia dah masuk team Kelantan. Lepas tu ada aura- ura mengatakan bahawa Kelantan memang dapat upah untuk kekalahan dengan Negeri Sembilan malam tu. Betul ke tidak wallahualam. Tapi kalau betullah,memang tak patut sebab skuad Kelantan dah hampakan harapan para peminat Red Warrior yang sangat ingin melihat mereka menjulang piala Malaysia. Lepas kalah tu memang aku kata tak nak tengok bola lagi dah sebab frust, masa tu dah bulan 7 ke kalau tak silap. Lepas tengok bola tu terus tidur,tak boleeh nak bukak buku ke ape berat kepala frust. Haha.



Tapi kali ni tengok pula,kalah pulak. Hurm,apa nak jadi. Tapi aku tetap mendoakan yang terbaik untuk team Red Warrior sebab aku memang minat sangat dengan Indra Putra, dia punya karisma dan ability memang boleh respectla kan? Indra, I wish u all the best. Semoga dapat jadi pemain paling bernilai pulak tahun ni. Semoga Indra boleh stay dengan Red Warrior lama- lama.

Teringat pulak masa tengok bola tadi, si budak comot muncit kata bestnya paramedic tu boleh pegang pemain bola tu kan. Raba- raba ke. Hish,haha! Tak apa okay,lelaki dengan lelaki.




P/S:maafkan aku kerana bersikap luar tabi'e,huhu







6 mereka kata:

Anonymous said...

urm...teruskanla menyokong kelantan... sbb mereka kan warrior! walaupon kalah,,pasti akan bangkit untok menang! btol x???

ag satu,,,bukan 24 org ar dok keja bola... 23 je.. sbb,,,keeper xkejar bola... so,jd 22.. y menjadikan 23 tu,,referee tgh padang...hahaha!

little lady~ said...

anonymous

frust ni,,xlarat den nk menyokong asyik klh je,,bile ntah nk menang 2..cube bagikn jwpnnye...

owh ok,,hehehehe,,,okay 22..
laugh out loud!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

BTW, perlawanan semalam memang sengit....

sangat puas ati...

KEDAH MENANG Yeayy!!! hehehe..

little lady~ said...

ahahhahaha..
orang kedah ke..

tahniahla,,



tgh hot lgi ni,,,
saye ckp yeay utk kmu:)
sob2 utk sy:'(

SADIS said...

eh, ingat tersilap masuk blog laki td.hehe

nice post.

besalah, kalah-menang adat permainan.

main pape pun tak guna, kalau tak niat kerana Allah.

mcm Hilal cakap, bersukan pun satu ibadah kalau kena cara.

kn?

little lady~ said...

eah?hehe

xnice pun,,:P


yep betul,,so maen pingpong 2 jgn lupe niat ye...

betul,,gudboy:)