Monday, January 4, 2010

tambi cute


assalamualaikum hello, hello dan hello semua


yesterday is my first morning kat penang
dalam post yg sebelum ni aku bagitahu kat korang semua sekarang ni
aku kat Sungai Nibong sebenarnya aku duduk kat Sungai Dua lah..silap bagitahu mana tahu tempat ni,tehee:)



Masih terasa lagi bahu ni sakit sebab bawak baby yang beratnya extravaganza, tapi baby tetap the best! Hape entah. Hari ini kami ke Tesco yang hanya beberapa langkah dari kediaman kami~~walk in interview,ceyhs.. Mase mula-mula pergi tu,
masuk Tesco kat situ teruja sebab Widad cakap "wah inilah tempat kerja kita,". Miahaha.
Kau memang lawak Widad. Dan oleh kerana tak tahu kat mana tempat interview tu kami pergilah bersiar-siar dalam Tesco tu. Bahah.
Maka sesudah lama membuang masa dalam tesco maka kami pergi bertanya kepada kakak security yang macho tu dan dia begitu peramah menerangkan kepada kami tempat tu. Kat pejabat rupanya. Phew!




Sesudah ambik number giliran, ye ke nombor giliran entahlah aku pun tak tahu tapi kad tu ada tulis Trainee da number giliran. Aku dengan widad pun pergilah lepak-lepak kat kantin pasal Pak Cik security suruh kita orang tunggu kat situ.
Setelah 20 minit menunggu lebih kurang datanglah
seorang abang ni sangat ayu miaw miaw wa cakap lu!
Dia jalan kan fuh,kalah lenggang itik pulang petang. Sungguh mengancam meleparkan sengihan iklan gigi Colgate kepada kami dan meminta kami mengisi form.
Seriously abang tu layan kami baik gila okay! Selepas siap urusan menemu duga maka kami berdua decided untuk meronggeng di sekitar Penang ni,hek9.
Naik bas number 301 lepas gaduh2 manja dengan Widad nak naik ke tak nak naik. Bahah.
Kalu teringat balik sumpah,lawak sangat.
Kitaorang main taram je kat pak cik bas tu cakap nak pergi Komtar sebab orang kata kalau mai penang tak sah kalau tak pergi Komtar kan.
Kami sungguh terpinga-pinga macam lembu masuk kandang, bukan rusa masuk kampung tahu.



Woh, aku dah kopak lah beli macam-macam kat sini.
Setelah puas kami merongggeng kat situ, sakit kaki woh. Huhu.
Berjalanlah terkedek- kedek kami ke bus stop yang berdekatan nak naik bas number 301 sekali lagi. Atas bas tu crowded dan terpaksa berdiri.
Dahla kaki sakit kena berdiri pulak tu. Malang sekali kami terlepas pandang
dan lepas tu terlajak sampai kat Bayan Lepas sedangkan kami sepatutnya turun kat Sungai Dua.
Nasib baik akak cina ni baik tolong terangkan kat kami, kalu tidak. . . .nauzubillah.
Walaubagaimanapun best sangat sebab dalam keadaan macam tu kitaorang boleh bantai gelak kaw kaw. Sampai kat rumah pukul enam lebih.
Hari yang sangat letih. Tapikan serious aku cakap orang kat sini
memang sangat baik dan peramah dan banyak mulut.
Kalau kitaorang tengah tunggu bas ke mende mesti ada pakcik2 datang tegur dan borak-borak dengan kitaorang.
Tambi ke amoi ke sangat peramah dan baik,nice dan cute!
Woh,aku puji tambi cute. Tehee:)



Teringat masa kat atas Rapid penang pak cik driver tu berura-ura
tak nak bagi duit baki Widad RM1 sebab tak ada duit kecik.
Kebetulan kitaorang berdiri dekat situ dan Widad fight gila- gila untuk RM1 dia.



Pak cik : derma sajalah Rm1 ni.

Widad : mana boleh derma2 ni, pak cik lah derma,kenapa saya pulak?

Pak cik :Awak banyak duit kan derma sajalah.


Widad :Mana ada, pak ciklah derma pak cik dah kerja saya ni student lagi!





Kebetulan kat depan kitaorang ada seorang abang ni, pakai t shirt bank rakyat. Dia ketawa hekhek dengar Widad argue dengan pak cik tu. Agaknya dia nak meredakan ketegangan dia pun tanyalah


"Korang dua orang ni sem 1 ke sem 2?"

Dan widad selamba jawab sem 1. Bahah. Okay. Okay. Aku sekarang ni pelajar USM Penang Semester Satu. Hahahaha. Owh,ok till the next post. Ehem, miss my brother so much! Hasif. Nak p mandi and bersiap. Nak pergi kerja weyh. Aku sekarang ni seorang pekerja!!:)






0 mereka kata: