Monday, March 1, 2010

hangat kasih sang ibu


ini ibu saya,saya sayang ibu saya..


Sambil menulis benda ni semalam sememeh aku menangis kerana terlalu sedih dan sebak jiwa raga. Aku pun tak tahu kenapa. Sebelum tu mari kita layankan dulu jiwang tak larat aku kala bulan mengambang di malam buta. Teheee:)


Jerit perit pekik pedih
saat sang ibu melahirkan anak
menangis tersenyum menatap anugerah
beribu rintangan dan halangan,
kau lalui tanpa mengah,
lelah.

Sang ibu yang menabur jasa
menghampar indh selaut kasih
Buat sang anak disandar hadapan
Agar menggapai sebuah impian

Jerih itu mainan sang ibu
Airmata itu peneman selalu
Doa dan zikir meratib rindu
Buat membesar si anak itu.


Tergantung kan? Mati akal lah nak sambung, nanti aku ada feeling untuk berjiwang den aku sambung lagi. Apalah agaknya akhir kisah sang ibu dan anak ini kan?


SoSaying: Hargailah sementara masih ada, peluklah, kucuplah kerana suatu hari nanti mungkin dia sudah tiada untuk meminjamkan kita bahunya pabila kita menangis, sudah tiada menghibur apabila kita duka dan tidak ada juga untuk menegur khilaf kita.



2 mereka kata:

Unknown said...

ape pulak tergantung.

ini sajak yg baik, sampai mksudnya.

little lady~ said...

to0 much compliment:)