Friday, February 19, 2010

Warkah Seorang Banduan~ending



Mereka sekeluarga pantas ke ruang depan. Sebaik sahaja mereka sampai Abang Ngah mengucap innalillahi wainna ilaihi rajiun. Wajahnya kelat sekali. Abang Ngah melihat umi. Tenang.


“ Ngah,kenapa?” umi bertanya.


“ Mujahid umi…”


“ Kenapa Mujahid?’’


“ Mujahid dah tak ada umi. Sebelum subuh pagi tadi…”


Airmata umi pantas tumpah. Umi terduduk di muka pintu. Aisyah yang baru menangkap parkara sebenarnya berlari ke kamar. Kak Ngah pantas mendakap umi. Erat.


“ Diharap pihak tuan bersedia kerana jenazah akan sampai kira-kira sejam dari sekarang.” Abang Ngah mengangguk. Matanya mengekori kereta polis yang beredar dari halaman rumah.


Malam itu, Aisyah bersendirian di kamar. Orang tuanya masih diluar bersama umi dan yang lain. Matanya merah,seharian menangisi pemergian Mujahid. Warkah ditangannya ditatap lagi,untuk keberapa kalinya Aisyah tidak tahu.





Kehadapan Aisyah Humaira’

Kumulakan kalam dengan kalimah suci bismillahirrahmanirrahim agar dirimu mendapat hidayah dan sentiasa dibawah lembayung redha ALLAH hendaknya.



Maafkan andai warkah ini mengganggu ketenanganmu. Tidakku tahu kenapa pantas saja jariku ini menarikan pena ini. Andai bisa warkah ini kau tatap dan kau hayati. Usah kau bertanya kerana aku tiada jawapan yang pasti. Yang pasti, warkah ini lahir dari lubuk hatiku paling dalam. Lubuk hatiku yang tak dapat kau selami. Mungkin warkah ini adalah warkah terakhir dariku.



Aisyah ingatlah pesananku,berjuanglah dalam hidup ini kerana hidup ini adalah satu perjuangan. Bertahan dan bersabarlah andai syurga yang menjadi idaman. Usah kau terpujuk dengan nikmat dunia yang sementara. Jangan kau khali dengan keindhan alam yang Tuhan ciptakan. Ingatlah, tidak Allah ciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaNya. Letakkan setinggi matlamat hidupmu iaitu syurga, kerana nilainya tidak dapat dibeli dengan lautan emas dan segunung mutiara. Ingatlah dimana bumi di pijak di situlah langit dijunjung. Jadilah diri sendiri walau di mana kau berada. Bawalah syiar yang satu dalam dirimu iaitu Islam. Jangan lupa dan jangan kau tinggalkan.



Aisyah,


Jadikan dirimu seperti sang mawar, cantik ditatap tetapi tidak bisa disentuh. Peliharalah maruah dirimu agar terjaga dan tidak tercela. Jadikan dirimu satu dalam seribu kerana itu impianku.



Andai kata kita tidak bisa bersatu di alam ini, biarlah aku menunggumu di alam satu lagi. Kujadikan perjuanganku ini sebagai mahar untuk memilikimu suatu hari nanti. Andai kataku pergi dulu jangan tangisi daku. Jangan biarkan juga hatimu kosong tanpa pengganti,tanpa diisi. Berjanjilah kau akan mencari penggantiku agar kau dapat meramaikan umat Muhammad dan melahirkan labih ramai Mujahid yang akan berjuang menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang batil. Berjanjilah Aisyah.



Setakat ini sahaja Aisyah warkahku ini. Tidakku ingin menulis panjang, cukuplah sekadar ini.



Aisyah, anti habiby fi hayaty……


Maas salamah

-mujahid-


Warkah biru Mujahid lembap menakung sisa airmata Aisyah. Benih semangat mula bercambah dalam hati Aisyah. Menyubur lantas sebati. Kalam Mujahid telah meresap dalam jiwanya lantas sebati bersama aliran darah. Jika hidup ini merupakan satu perjuangan,maka perjuangan itu harus bermula.

Biar pahit, biar sakit.


……5 bulan berlalu……


Effraie meraikan kejayaannya apabila kerajaan baru berjaya menaiki tahkta. Setelah rakyatnya bangkit dan bertindak. Semuanya hasil kerjasama pimpinan parti hijau dan tercetusnya revolusi ini berikutan amarah rakyat terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap seorang jurnalis yang menulis sebuah artikel yang telah meracuni fikiran penduduk Effraie , itulah Mujahid. Effraie juga gempar apabila jurnal bertulisan tangan Mujahid dipaparkan media memperkatakan segala penyeksaan yang diterima semasa menjadi tahanan ASI. Berbekalkan bukti yang cukup dan kukuh mengatakan bahawasanya kematian Mujahid dirancang dengan memasukkan sejumlah dadah jenis heroin dalam kuantiti yang banyak bertujuan menghentikan semua usaha Mujahid untuk menulis walaupun dalam tahanan. Namun dengan kuasa Tuhan jurnal Mujahid selamat sampai ke tangan Hajah Masyitah sekeluarga dan ternyata mereka mengambil tindakan bijak dengan menyerahkan jurnal itu kepada Nur Islam. Maka terjadilah sebuah revolusi. Dan revolusi ini juga dinamakan revolusi Mujahid.



Aisyah tersenyum manis. Walaupun jerih, dia ingin menunaikan hasrat Mujahid, melahirkan lebih ramai Mujahid ke dunia. Mujahideen fisabilillah. Aisyah akan menjadi pengantin baru. Kurang dua minggu lagi perkahwinan antara dirinya denga Syed Mustaqim, adik bongsu Mujahid yang dua tahun lebih tua darinya akan berlangsung.



Aisyah tersenyum lagi. Terima kasih Mujahid untuk segalanya. Kau berikan nafas baru kepada Effraie. Dan kau tetap akan diingati. Dirimu tidak akan menjadi nama yang terkubur bersama terkuburnya jasadmu.









4 mereka kata:

Unknown said...

seriusly!.

ending yang mantap. terasa nilai perjuangan kat situ.

lepasni mulakan dari awal cerita, biar terasa begini juga.

hebat mujahid.

hebat aisyah.

engang sama engang.

little lady~ said...

terima kasih di atas comment anda,,sy hargainye...
hehehe

aik,,enggang sme enggang?

Akif Mazlan said...

salam, juz ingin nk ckp, saya pengikut anda yg ke-100,, bangga nih, hehhe

little lady~ said...

ye terima kasih kerana sudi follow..

bangga?ehehehe