Thursday, February 11, 2010

~~warkah seorang banduan~~~

Terinspirasi dan menginspirasikan diri setelah membaca blog Akhi Hilal Asyraf maka saya akan mula memaparkan disini karya-karya saya. Jika dulu saya hanya memaparkan poems berjiwa gersang sahaja bahah sekarang sudah tiba masanya cerpen pula. Menulis adalah salah satu kegemaran saya dan ya saya juga bercita- cita untuk menjadi seorang penulis maka ini saya rasa merupakan baby step untuk merealisasikan impian dan cita- cita saya itu. Sepatutnya dah lama buat ni tapi itulah, Allah dah tentukan semua. I'm trying not to be a typo jadi saya mahu variasi. Karya saya juga saya ingin usahakan supaya menjadi lebih variasi dan berwarna warni. Seindah pelangi. Sekarang anda check it out ye? Warkah seorang banduan,,and pleasure me, do leave me any comments. Thanks all.



Effraie dan Ambang Kejatuhannya


Beberapa abad yang lalu kita menyaksikan kejatuhan empayar uthmaniyah. Sebuah kerajaan islam yang diagungkan kehebatannya dan sakerang walaupun ia sudah menjadi satu catatan sejarah namun kita masih lagi berbangga dengan tamadun islam yang menjadi sebutan semua satu ketika dahulu.


Sebelum itu mari kita menyingkap apakah punca uthmaniyah terkubur menjadi sebuah kubu tidak bernisan. Difahamkan zaman berzaman adalah amalan pemimpin atasannya yang mengamalkan kroni, rasuah dan kaki perempuan yang menyebabkan akhirnya uthmaniyah menjadi sebuah sejarah yang runtuh dan ranap.



Ayuh kita melihat sejarah ini sebagai satu pengajaran dan tidak menjadikannya pisang berbuah dua kali.



Telusuri panorama Effraie,dahulunya juga merupakan sbuah kerajaan Islam yang agung yang kita warisi daripada nenek moyang kita yang ingin melihat generasinya merasai nikmat islam dan iman di tanah air sendiri. Namun mungkinkah pisang berbuah dua kali? Efrraie kian lumpuh dan lemah puncanya juga sama.



Kita yang tidak berkuasa terus tertindas dek keserakahan mereka yang terang-terangan menghisap darah kita yang daif. Kita rakyat yang tidak terbela nasibnya. Ayuh, bangkit warga efrraie perjuangkan nasibmu,perjuangkan nasib anak-cucumu dan agamamu. Gembirakah kita melihat mereka dengan jelas menolak hukum Islam dan menjadikan agama satu taruhan dengan dunia yang sementara. Menjadikan wanita sebagai alat perjanjian, rasuah, fitnah sebagai amalan dan realpolitik cetusan kafir sekularisme sebagai pegangan?



Bumi Effraie pula dijajah pemikiran barat yang disalurkan demi menghilangkan identity Islam yang dahulunya terpahat kukuh di dada-dada muslimin Effraie. Selain seinci demi seinci tanah Effarie dimiliki bukan bumiputra,melenyapkan hak dan keistimewaan bumiputra Effraie. Kaum primeape dan cardiva yang dahulunya hanyalah pendatang mula menjadi tuan. Semuanya hanya melihat dan kaku. Seolah-olah tiada apa yang berlaku sedangkan hakikatnya bumiputra Effraie bakal merempat di bumi sendiri jika ini terus berlaku. Dan yang kenyang tetap kenyang,yang kebulur masih tetap kebulur. Yang sendu masih sedan yang sendawa mencipta tawa!
18 November 2014 sekali lagi kita digemparkan dengan berita kenaikan harga minyak setelah kerajaan lama masih lagi berjaya bertahan di puncak walaupun dengan kemenangan dengan begitu tipis. Di mana janji dan manifesto yang dijanjikan, yang dilaung tempikkan oleh segala pemimpin untuk mengekalkan kedudukan mereka?



Sudah luputkah dari fikiran? Ataupun situasi ini kita labelkan hanyalah seperti tebu ditanam di tepi bibir? Namun itulah hakikatnya. Bagaimana Situasi ini terjadi sedangkan kita merupakan salah sebuah Negara pembekal minyak dunia,sepatutnya kita yang bersorak di saat kenaikan harga minyak dunia diumumkan. Kerana kita yang akan mendapat untung dan hasilnya. Namun apa yang terjadi? Tiada bezanya malah lebih mengejutkan kita juga sama-sama mengeluh memikirkan kos sara hidup yang semakin meningkat sedangkan setengah pihak lain masih membelai perut mereka yang semakin buncit dan kepala yang semakin gondol memikirkan cara memenuhkan perut sendiri.



5, 10 tahun lagi kita tidak tahu apakah lagi kemalangan yang akan menimpa kita dan generasi selepas kita jika kita terus pejamkan mata,pekakkan telinga dengan segalanya yang kita saksikan kini.



Bangkitlah kerana Allah pernah berfirman dalam mukjizat terbesar Muhammad:



“ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubahnya sendiri”…


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Mujahid menyelesaikan tulisannya apabila noktah di papan kekunci ditekan di papan kekunci laptop kesayangannya. Mujahid membuka kopiah di kepala,kumis nipisnya diusap. Sebagai kolumnis tetap akhbar harian Nur Islam, Mujahid perlu menyelesaikan tugasannya tepat sebelum date line yang ditetapkan. Dia tidak mahu terlambat menghantar tulisannya. Sebagai seorang pekerja yang amanah, menepati masa adalah tersangat awliyat.


Mujahid menyalami tangan mulus ibunya yang menunggu kepulangan dirinya di halaman rumah. Ibunya, Hajah Masyitah mencapai akhbar Nur Islam di meja bata di hadapannya lalu menyuakan ke tangan Mujahid.



“ Mujahid, umi bangga dengan kamu. Sungguh lantang kolum bisumu bersuara mempamerkan jelas ketinggian ilmu dan kebijaksanaan pemikiranmu nak. Tapi, umi bimbang Mujahid andai kata tulisanmu tepat mengenai hidung sesiapa, umi tak mahu kamu menjadi seperti Pak Longmu nak… meninggal dunia buatan mereka dek terlalu lantang bersuara.” Umi mengeluh sayu. Menatap tepat anak mata hitam pekat milik Mujahid.




“Umi jangan bimbang… Mujahid lakukan ini semua untuk deen kita yang harus dimartabat tinggi umi,supaya masyarakat sedar realiti keadaan kita semua sekarang umi. Ini sahajalah bakti yang Mujahid dapat curahkan untuk kemasalahatan masyarakat Islam kita. Mahu mengangkat senjata membedil Israel di Palestin, Mujahid tak mampu, bersuara di hadapan semua penduduk Effraie ini Mujahid tak mampu jua. Jadi biarlah kolum bisu Mujahid bersuara mengubah persepsi masyarakat, mencelikkan mata yang pejam dan menyedarkan mana yang tidur. Izinkan Mujahid ya umi?...”

Mujahid lantas mengucup tangan ibunya lantas memeluk tubuh tua itu.



Pejabat akhbar Nur Islam hari ini tidak henti-henti menerima segenapa panggilan dari pelusuk Effraie selepas membaca kolum Mujahid bagi edisi semalam. Pelbagai maklum balas yang diterima, ada yang menyokong, bertanya tidak kurang juga yang menghambur semburan berbisa lagi pedas. Mereka ini sudah pasilah golongan yang tidak menyedari bahawasanya mereka sudah ditipu umpama ditelan hidup-hidup dek biawak padang pasir yang kelaparan.



Mujahid tenang menghadapi segalanya. Seketika fikirannya mengelamun, memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku.


‘Andaikata diriku ditimpa sesuatu , apa yang akan terjadi kepada umi? Ya Allah bantulah hambamu ini’ Mujahid bermonolog dalam hati.


Mujahid terkenang tunangannya Aisyah. Dia melihat sebentuk cincin yang elok terletak dijarinya.

‘Aisyah andaikata sesuatu terjadi kepadaku, redhakanlah. Kunfayakun… Kita hanya boneka yang menurut takdir Ilahi,’


Mujahid bermonolog sendiri.


Mujahid terkelujat apabila terdengar deringan telefon bimbitnya yang menyanyi minta diangkat. Punat hijau ditekan.





Mujahid :Assalamualaikum, Mujahid disini


Pak Lang:Waalaikumussalam, Mujahid ini Pak Lang bercakap. Anta sihat?


Mujahid :Alhamdulillah Pak Lang. Pak Lang bagaimana? Sihat?


Pak Lang:Ana aidhon alhamdulillah. Mujahid sebenarnya Pak Lang

Ingin menyampaikan hajat…


Mujahid : Ya Pak Lang Mujahid mendengar… teruskan


Pak Lang:Begini Mujahid Pak Lang dan beberpa orang aktivis Hijau

Lain akan mengadakan perhimpunan anjuran beberapa

Badan bagi menyerahkan memorandum kepada YdP

Agong. Setelah syura ramai yang bersetuju menjemput

Mujahid menyertainya dan memberi ucapan semasa

Perhimpunan nanti memandangkan sekarang ini tulisan

Mujahid juga sedang hangat diperkatakan. Bagaimana

Anta Mujahid?


Mujahid :Kenapa Mujahid yang dipilih Pak Lang?


Pak Lang: Kami semua mendapat kesedaran ini kerana tulisanmu

Dalam Nur Islam. Kami fakir sudah tibalah masanya

Kita bangkit bersuara demi kebaikan bersama. Betul kata

Effraie di ambang kejatuhan dalam pemerintahan di

Mereka yang serakah.


Mujahid : Ya, InsyaAllah Pak Lang… Nanti ana fikirkan

Keputusannya, jika tiada aral Mujahid akan berikan

Dalam masa dua hari lagi.


Pak Lang: Fikirkanlah elok-elok Mujahid ya, Assalamualaikum.


Mujahid : InsyaAllah Pak Lang… Waalaikumussalam.



Pagi itu, Mujahid bangun awal menghirup udara segar kurniaan Ilahi. Mujahid mengucap syukur di dalam hati. Alhamdulillah kerana masih diberi Ilahi nikmat Islam dan Iman.


Hari ini Jumaat, 5 Mei 2015 merupakan hari dimana perhimpunan Suara akan diadakan. Jadi, Mujahid akan ke Dataran Strain sebelum berangkat ke Istana Putih YdP Agong untuk meyerahkan memorandum. Di Dataran Strain Mujahid akan berucap bagi memperjelaskan tujuan perhimpunan ini diadakan iaitu menentang kenaikan harga minyak dan amalan kroni serta penyelewengan dalam kalangan pemimpin Efrraie. T-shirt hijau berlengan panjang disauk ketubuhnya yang kekar. Kesemua peserta Perhimpunan Suara akan disertai lebih kurang 3000 orang akan mengenakan t-shirt hijau dan merah bagi menyataan kesepakatan mereka. Mujahid mengenakan kopian putih di kepalanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.


1 Message Received. Tit! Tit!



Salam… Habibi Mujahid,semoga berjaya dalam perjuanganmu… Ingatlah Allah sentiasa berada disisi hamba yang menegakkan agamaNya..



-Aisyah-



Mesej daripada Aisyah tunangannya. Mujahid menatap cincin dijarinya. Punat telefon ditekan berkali-kali.



“Waalaikumussalam… Doakanlah ana Aisyah. Jazakumullah…”


Sent.


Mujahid manarik nafas panjang setelah mengumpul kekuatan daripada segenap sendi tubuhnya.





~~~~~~~~~~bersambung~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




1 mereka kata:

nailofar said...

hehe
b0ring nak bace sbb da penah bace~
;p