Sunday, February 7, 2010

mangkuk tingkat nenek

Lang+ Kawi= Langkawi.

Korang tahu tak apa makna dia? Tahu? Kalau tahu cubalah jawab.
Tak tahu eah? Ek eleh action je lebih. Bahah. Mehlah aku bagitahu korang semua. Lang tu maksudnya Helang dalam bahasa jawa. Dan Kawi tu maksud dia merah dalam bahasa Sanskrit. So overall maksud dia Helang Merah. Okay. Mesti ada yang tertanya kan aku pergi ke idak Langkawi rombongan sekolah aku yang harga RM50 tu. Aku pergilah. Aku berhenti kerja dah pun kat Tesco extra tu. Kali ni post aku buat dalam bentuk jurnal lah. Teheee:)

Hurm, kenapa post aku kali ni aku namakan mangkuk tingkat nenek. Apa kaitannya dengan trip ke Langkawi yang best gaban- bagan tu bahah. Sekejap lagilah aku cerita. Now on mari kita bercerita tentang Langkawi Pulau Lagenda Mahsuri tu okeyh.

4 February 2010

Bangun dengan excited nak pergi ni weyh. At the same time excited nak jumpa dengan kawan-kawankuh yang dah lama tak ketemu mata dan batang hidung juga. Mom hantar dekat sekolah okay bas yang kita nak naik hari ini bas Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan.



find me!find me!the chubby one,hehe




Kitaorang bertolak sharp pukul 8. Dimana pakcik bas telah sampai ke pintu pagar sekolah sesudah selesai si jalak lenteng menyalak(salah istilah). Bahah. Tipu je. Bas sampai pukul 7.3o waktu itu aku kata OMG aku masih lagi traffic jam dekat bridge Pasir Pekan. Nasib baik on time. Seronok jugak ada umi yang boleh bawak kereta ala-ala drift ni. Tehee:) Fast and furious. No past no future. Maka bas berjalan terkedek- kedek membawa kami ke Kuala Perlis. Sampai di Hentian Gurun kalau tak silap kami melakukan transformasi daripada pakai uniform sekolah kepada baju biasa miaw miaw. Sumpah havoc. Kami sampai di jeti Kuala Perlis pada pukul lima dan naik setengah jam kemudian. Atas feri kitaorang tengok cerita Syurga Cinta. Funny sangat. Tapi tengok kejap je. Sampai kat pulau Datin Hariza our organiser wallaweyh dah tunggu kat sana dengan anak bongsu dia Zatul Nur Asma'. Dorang naik flight. So saying naik bas persiaran beserta pemandu pelancong Kak Ana dan our coach captain Pak Usop. Kami duduk hotel yang jaraknya hanya 10 minit daripada jeti iaitu hotel Langkawi Seaview. Hotel 4 bintang. Ye ke? Ye kot. Bahah.




posing dekat tangga sebelum dinner



view from our room


yop,,ini gamba dekat jetty




Malam tu tak ada buat apa. Lepas bantai makan sampai kenyang kitaorang excited turun pergi swimming pool,,usha abang tu nak mandi jugak sampai pukul 9 sepatutnya pukul 8 dorang dah nak kena tutup pool tu. Gamba kat swimming po0l tu tak bolehla nak show off kat sini. Censor.Hahah. Malam itu tidur dengan nyenyak sekali di sebelah Datul ngeh. Kau mengigau jebon takutkan aku je. :D




5 February 2010



Pagi yang indah disertai dengan senyuman yang manis. Having marvelous breakfast. our destination today is Kilim Geoforest Park, Kota Mahsuri dan Kilang Gamat. Hurm,,masa dekat Kilim Geoforest Park mula- mula pergi Gua Kelawar. Masuk kat situ tengok si kelawar tidur dengan nyenyaknya(sorry no pics). Cute woh,rasa macam nak ramas je. Dimana kat sini kita tak boleh nak talking,laughing or whatsoever dengan kuat. Hari ni tak camwhore guna camera sendiri sebab out of battery dan lupa nak charge. Next, pergi tengok sangkar pelbagai ikan. Ikan pari, ikan sumpit, dan macam- macam lagi. Satu ekor ikan pari tu diberi nama Fatimah lawak sangat. Elok je nama anak kesayangan Nabi dia bagi kat ikan. FUh! Sebelum naik bot dan pergi meninggalkan Fatimah sempat ada seorang abang ni(jaga ikan) kenyit mata kata nanti honeymo0n datanglah sini. Okay. Itu lambat lagi. InsyaAllah kalau laki saya nak bawak, tapi kalau boleh tak naklah kat sini kalau dapat pergi Paris ke ROm bagus jugak. Biar kopak sket poket..... Stop sekarang atyrah.

Then,kitaorang pergi round laut dan lumba- lumba antara satu sama lain dengan dua buah bot lagi. Punyalah lambat helang tu datang, Pak Usop kata helang tak bangun tidur lagi. Tunggu punya tunggu finally barulah muncul. Haha. Dah tu lumba bot lagi pergi jalan-jalan tengok pulau kasut. Subhanallah lawa okay. Journey dekat sini end up then sambung pulak naik kereta kabel. Takut sangat. Aku cakap naik kereta kabel ni umpama telur di hujung tanduk dan Farah cakap nyawa di hujung tali. Ok fine. Kau menang. Hehe. Wani tak boleh tengok bawah sangat sebab dia gayat. BO0 wani! Tehee:0




nice view,,


this is what we call calling the eagles,bravo!

cantiknya subhanallah Pulau Kasut

ini dia Datin Hariza and her daughter Asma'..mesra sgt!

here we go,,4 ladies





Selepas itu ke Kilang Gamat beli dua dozen minyak gamat untuk menjadi pengubat external use only. Haha. Tak boleh dijadikan pengubat jiwa dan raga. Dan kerana eager pergilah ke Pekan Kuah borong coklat kat sana dan buat havoc disepanjang jalan di tempat orang. Haha. Kau ingat kita cakap pasal tetttt kat kedai cina tu. :D Pergi pulak Billion naik van sebab nak cari some junkies nak buat parti tepi kolam kononnya malam ni. Balik- balik hotel je kaki rasa macam nak tercabut siapa suruh jalan tak ingat dunia.

Guys! Guys! Lepas solat jamak tukat baju terus join Datin and the gang mandi. Seronok sangat. Jealous ok tengok Datin dan Asma' yang baru darjah dua tu dah expert sangat berenang. Pk Ko Cikgu Wan Khazimi datang join. Fullamak expert jugaklah berenang. Hari tu sesi kelas renang diadakan dan finally aku pandailah sikit- sikit berenang. Bahah. Best taw, Datin dengan Pk Ko yang coach tahu. Jangan jealous. Muka dah sunburn. Dinner yang best sekali lagi malam tu. TSG semua Dat, Farah,Syak, Wanie pakai baju kurung macam nak pergi kenduri kawen. Aku jakun je pakai laen. Jakun tahu tak. Lupakan.




ini camwhore dalam bilik cuba shawl,Laugh ot loud!



6 February 2010


Last day here, sob sob. Bas sampai pukul 9 maka sempat camwhore kejap area hotel tu. Sebelum bertolak pulang kami dibawa ke Idaman Suri. Kopak sekali lagi. Lepas tu terus ke jeti. Sempat jugak camwhore kat dataran Helang sebelum balik. Beautiful place. Kali ni balik ke Jeti Kuala Perlis naik feri Lada Dua. Duduk sebelah Wafi anak angkatku yang gebu mengancam dan menawan. Tidur saja sepanjang perjalanan. Sampai kat sekolah pukul 9 malam lebih kurang.



depan hotel


dalam hotel,,meja reception

dataran helang:)



Langkawi,,ingat makna dia kan?



Relation between this trip dengan tajuk ialah, mula-mula sila alfatihah kepada arwah nenek aku sekarang please yang pulang ke rahmatullah pada tangga 21 April 2003. Dah siap? Kalau belum habiskan dulu. Nenek meninggal dunia kemalangan dalam perjalanan pulang dari Langkawi mengikut rombongan kampung pada masa tu. Dalam kemalangan tu hanya nenek sorang sahaja yang meninggal dunia di hospital Kubang Kerian pada hari Isnin sebelum subuh. Dan aku selamat kembali dari Pulau Mahsuri ni,alhamdulillah. Oleh kerana aku ni cucu kesayangan nenek selain barang- barang lain yang cucu-cucu nenek dapat akulah paling istimewa sebab nenek belikan aku Mangkuk Tingkat(set periuk sebenarnya). Mungkin hadiah tu tak bernilai ribuan. Tapi Mak Su Nab, teman yang pergi sekali dengan nenek cakap dia nak belikan aku satu hadiah yang aku tak akan lupakan sampai bila- bila. Dan itulah, mangkuk tingkat. Terima kasih nenek. Aku pernah cakap aku tak nak pijak Langkawi sebab kerana Langkawi nenek pergi meninggalkan kami semua. Masa aku kecik dulu. Aku tak ada gambar nenek nak letak kat sini. Yang kat hati ni tak boleh nak print out. Nenek simpan rambut panjang, cantik. Atyrah sayang nenek sampai bila- bila. Semoga roh nenek aman di sana. Atyrah sayang nenek sehingga akhir hayat ni:'(