Thursday, December 31, 2009

its the climb...

Sekarang sudah pukul 452 pagi mata aku belum mahu lelap

walaupun sudah berkali-kali dipaksa pejam namun masih

terkebil-kebil di dalam kegelapan memikirkan tentang segala-segalanya dalam kehidupan.

Maka tanpa membuang masa yang masih tersisa aku terus membuka baby dan jari jemariku lincah menari tarian salsa di atas keyboard ini.

Memikirkan sebelum SPM dulu terlalu banyak perancangan

yang aku rancangkan antaranya ialah ambil lesen memandu,join KEX,kerja,menulis sebanyaknya dan banyak lagi yang aku rancangkan termasuk ajak kawan-kawan lepak di Mc D sambil online facebook or friendster.

Namun dalam senarai yang aku sebutkan diatas

satu pun belum aku buat kecuali yang ini tidur sepuas-puasnya(tak masuk dalam senarai diatas).

Sudah tiga minggu kerja tetap yang aku lakukan ialah makan,online dan tidur.

Dan masa berlalu begitu pantas pagi, tengah hari,petang dan malam.

Pagi lagi, tengah hari, petang dan malam. Maka kini kita sudah berada di ambang tahun 2010. Phew! Dan sekali lagi pada 24 Jun 2010 aku akan menginjak ke angka 18 tahun.

Tua. W0h,sedih tak terkata rasanya. Rasanya semalam baru aku masuk tadika belajar sebut a,b,c bilang satu tambah dua,tiga. Sekarang? Aku semakin meningkat dewasa dan memikul lebih banyak tugas dan tanggungjawab. Sebagai:



1)Hamba Allah


2)Khalifah di muka bumi


3)Muslim


4)Anak


5)Kakak


6)Pelajar


7)Murid


8)Sahabat



Dan mungkin suatu hari nanti sebagai pekerja, majikan(ceyhs),

isteri,menantu,ibu,nenek dan sebagainya. Oh,sudah mula melalut. Dan dalam kehidupan seharian kita,kita melakukan sesuatu. Dan kita sering membuat kesilapan dalam melakukan sesuatu itu,bukan?

Kadang-kadang kita menyesali apa yang kita buat. Namun kita selalu lupa setiap perbuatan kita terutamanya yang melibatkan orang lain atau diri kita sendiri tidak boleh diundur lagi. Walau kita menangis meratap untuk menebus kesilapan kita namun itulah yang lepas sudah lepas. Sudah menjadi sejarah,titik hitam atau titik putih hanya kita yang tahu.


okay...


Tadi apabila aku online facebook ade seorang kawan yang minta tolong ak bagi meaning means that bagi apakah maksud yang tersirat di sebalik lagu the climb-miley cyrus.Hah! BAru ingat dia istilah dia bagi "tafsir". Woh,suruh aku tafsir lagu.Ala-ala tafsir quran pulak. My first reaction is ~~sigh. That's my song and i really love the song. Bagi aku lagu tu mempunyai makna tersendiri dan kita boleh relate lagu tu dengan kita,kehidupan seharian kita. Here we go apa yang aku cakap kat dia:



Lagu itu it's about apa yang kita buat dalam hidup kita.
Tentang keyakinan kita untuk mencapai cita-cita kita.
Halangan yang dihadapi untuk capai cita-cita kita.
Kadang2 kita ragu untuk meneruskan langkah dan gapai apa yang kita mahu tu~~my faith is shaking.Tapi untuk capai kejayann tu kita kene kuat,
sentiasa kuat kerana dalam setiap langkah untuk kita hadapi kejayaan
atau apa yang kita mahu akan ada halangan dan cubaan dia.
Setelah kita berjaya,kita akan move in and make up a next stage dalam kehidupan kita dan kita akan hadapi pula halangan untuk gapai next stage pendakian hidup kita.



Dalam setiap stage yang kehidupan kita mestilah kita nak yang lebih baik
dan kita kena ingat pulak dalam setiap pendakian hidup itu kadang2 kita kena kalah.
Tapi kekalahan itulah yang akan kita ingat untuk selama-lamanya tapi
kita tak harus mengalah dengan kekalahan kita.
Mesti sentiasa positif dengan kejayaan yang akan mendatangi those who wait.
Bak kata archie show me the good things come to those who wait. Tell me I’m not own my own, tell me I wont be alone ,tell me what I’m feeling in isn’t some mistakes... Eh,itu aku sambung lagu you can pulak. Teheee:)
Sorry..Maka, Itulah pendakian kehidupan~it's the climb..


Elyana Razalle i harap u puas hati dengan tafsiran i.. Bahah:0


Ehem,sebenarnya aku dapat tawaran ceyhs tawaran gitu, untuk jadi guru taska dekat area Gombak,dan Sungai Petani Kedah tapi aku confuse nak pergi ke tidak pasal aku takut. Aku pun tak tahu apa yang aku takut tapi aku takutlah.
Tapi aku nak pergi, iyelah at least aku boleh timba pengalam kan?
Instead of masuk income walaupun tak adalah beribu-ribu.Yang penting ada income.
TAk tahulah macam mane. Confuse sangat. Any idea?Mesti you guys cakap, wah berlagak gila dapat tawaran jadi guru taska pun nak heboh sekampung. Hehe.Bukan begitu sebenarnya maksud aku,Cuma nak berkongsi pandangan dengan anda mana tahu kot kot boleh tolong. Ngee~~~



Sekarang ni belog aku sangat sunyi dan berlalang serta berhabuk. Sangat pathetic. Bahah:0 Betul. Swear! kepada semua follower saya sila tinggalkan link anda dekat chatbox yang kiut miut supaya saya boleh berjalan-jalan blogwalking ke blog anda dan kita boleh berkenalan dan beramah-mesra. Ya? Kerjasama anda amat diperlukan. Kepada silent readers jugak tinggalkanlah jejak anda supaya saya tahu anda disini dan supaya saya tidak diselubungi misteri. Tehee:)
Okay,selamat Tahun Baru 2010 semua may Allah bless u all dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat ya. Till the next post.

~~~love u all:)~~~~~~


Adik epin pun nak ucapkan selamat tahun baru kepada smua hapy new year!


2 mereka kata:

DrSam said...

Selamat melangkah ke tahun baru. semoga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.

little lady~ said...

terima kasih dr sam...
and u too semoga tahun ini lebih mendapat rahmat dan berkat daripada Allah taala...